Friday, February 11, 2011

Terima Kasih Kerajaan BN Bawa Pulang Anak Kami…’

 


KUALA LUMPUR, 9 Feb. – Bukan sekadar penghargaan dan ucapan terima kasih yang perlu diberikan oleh para pelajar dan warga Malaysia menerusi Ops Piramid yang menjadi misi kerajaan dalam mereka daripada menjadi mangsa rusuhan dan pertelingkahan yang berlaku di Mesir.
Prof. Madya Dr. Baharudin Putih yang juga bapa kepada Fatin Nabila Baharudin iaitu pelajar yang terlibat dalam misi terbabit menyeru rakyat seluruh negara untuk membuka mata dan melihat sendiri bagaimana kesungguhan yang telah dilakukan oleh Kerajaan dalam memastikan nyawa dan keselamatan rakyat terjamin.
“Selama ini ramai yang tahu bahawa ramai pelajar-pelajar yang berada di Mesir cenderung kepada parti pembangkang khususnya Pas selain ibu bapa mereka sendiri adalah antara penyokong Pas tegar sehinggakan negara terbabit dikenali sebagai pusat pengkaderan anggota terbabit,” katanya kepada UMNO Online.
Namun demikian katanya, apabila berlaku rusuhan sedemikian sehinggakan keselamatan rakyat Malaysia terancam Pas dan pakatan pembangkang gagal menghulurkan bantuan segera sebaliknya menunding jari mencari kesalahan Kerajaan.
“Kerajaan telah membuktikan bahawa mereka sentiasa mengutamakan kebajikan rakyatnya tidak kiralah dimana berada termasuklah di luar negara dan saya amat bersyukur apabila anak saya dapat kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.
Fatin Nabila adalah pelajar tahun satu jurusan perubatan di Universiti Ain Sham, Kaherah telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Selasa lalu dengan disambut sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr. Baharudin yang juga Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) turut menyelar sikar sebilangan pelajar dan warga Malaysia yang berada di Mesir ekoran terpengaruh dengan fitnah dan adu domba Pas.
“Pembangkang ini memang sentiasa tak suka dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan maka sebab itulah mereka akan cari apa saja kesilapan yang dilakukan untuk dijadikan sebagai modal politik mereka.
“Apakah mereka yang berpelajaran tinggi ini gagal berfikir betapa besarnya pengorbanan kerajaan yang ditunjangi UMNO untuk melihat anak bangsanya selamat dan tidak terlibat dengan sebarang ancaman tanpa mengira kepada aliran politik dan perbezaan fahaman masing-masing,” tegasnya.
“Apakah mereka yang berpelajaran tinggi ini gagal berfikir betapa besarnya pengorbanan kerajaan yang ditunjangi UMNO untuk melihat anak bangsanya selamat dan tidak terlibat dengan sebarang ancaman tanpa mengira kepada aliran politik dan perbezaan fahaman masing-masing,” tegasnya.
Ujarnya lagi, Pas sememangnya dari dulu akan sentiasa mencari salah kerajaan untuk dipropagandakan oleh mereka apatah lagi apabila kerajaan mengambil keputusan membantu rakyat Malaysia di Mesir.
“Mereka takut apabila kerajaan membantu pelajar-pelajar Mesir tanpa mengira kedudukan dan aliran politik yang tentunya akan menghakis pengaruh mereka kerana selama ini Mesir adalah ‘tabung’ aliran Pas dalam mentarbiahkan pelajar-pelajar dan apabila pulang ke tanah air menjadi pembangkang.
“Kerana itu jugalah mereka melemparkan pelbagai fitnah termasuk pada awalnya menuduh kerajaan lembap bertindak dan kemudian apabila selamat tiba di Malaysia pula mereka pertikaikan kena di bawa pulang sedangkan mereka sedang dalam pengajian,” soalnya.
Tambahnya lagi, tuduhan Pas itu adalah kerana terdesak dalam mempopularkan diri menerusi keadaan semasa sedangkan Malaysia adalah antara negara terawal yang bertindak mengeluarkan warganya di Mesir apabila keadaan rusuhan semakin meruncing.
“Pembangkang hanya berfikiran jumud atas tujuan untuk menggagalkan usaha kerajaan tanpa melihat perbandingan dengan negara-negara lain misalnya Amerika Syarikat yang baru saja berbuat demikian,” katanya.
Misi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir berlansung dengan lancar, pantas dan sistematik biarpun dimanipulasi oleh pihak pembangkang khususnya Pas. - MediaUMNO

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]