Nik Aziz Nak Menteri Kewangan Pulak Dahhh!Jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran mesti diberi kepada Pas. Ustaz Nik Aziz meletakkan syarat jika UMNO ingin menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama Parti Melayu Islam Pas (PAS) itu. Perkara ini didedahkan sendiri oleh anak lelakinya Nik Abduh: Sumber Blog Pasmuda Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata. Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”...... Tak tau lah kita apa nak jadi ustaz ni. Nak pakai baju tapi tak mau sukat pada badan sendiri. Nanti bila tak muat ke, terlebih mengelebeh ker, dia salah pihak lain pulak. Kayu balak dah ditebang, dah dijual, duit dah masuk poket Pas. Tapi rakyat masih menderita. bakpo mu kecing dale juboh..."air takdak la pulok'... Begitu juga kemudahan asas seperti jalanraya yang baik, bekalan air bersih dan kemudahan sosial yang lain tidak mampu disediakan. Nasib baiklah sebahagian kemudahan asas disediakan oleh Kerajaan Pusat. Jika tidak sudah tentu seluruh rakyat Kelantai akan terus menderita. Ustaz ni nak minta jawatan Menteri Kewangan sebab nak jaga peti duit negara kot. Atau berhajat mintak nak jawatan Menteri Pelajaran sebab nak tarbiyyah islamiah rakyat Malaysia . Gerakan kesedaran sedang menjalar senyap di Kelantan. Golongan muda sudah mula menghidupkan nadi penentangan terhadap Parti Melayu yang memungkiri mandat dan amanah rakyat selama 20 tahun. Denyut nadi sanubari yang semakin kencang dilihat mampu memberi ucapan selamat tinggal kepada Kerajaan Parti Melayu Pas Kelantan selepas PRU ke-13 nanti. |
Wednesday, February 2, 2011
TERKINI :Nik Aziz Nak Menteri Kewangan Pulak Dahhh!
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment