Wednesday, February 23, 2011

Tony Pua berdepan saman jika gagal kemuka bukti




2011/02/23
AMPANG: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua, berdepan saman fitnah difailkan terhadapnya andai gagal mengemukakan bukti kukuh serta membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan beliau pembelian enam kapal peronda luar pesisir (OPC) oleh Kementerian Pertahanan, 870 peratus lebih mahal berbanding negara lain.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong, berkata wakil rakyat dari DAP itu mempunyai masa tujuh hari daripada semalam untuk mengemukakan sebarang bukti terhadap tuduhan yang dibuatnya itu.
“Sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat, saya menasihati Tony Pua supaya berani mempertahankan dakwaannya dan bukan melarikan diri selepas membuat dakwaan fitnah terhadap pihak kerajaan dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Lum Yong berkata, beliau berasa hairan dengan kenyataan terbaru Tony Pua bahawa beliau tidak akan membuat laporan kepada SPRM atas alasan, laporannya kepada agensi antirasuah itu tidak relevan dengan isu yang dikeluarkan dalam blognya.

“Sebagai Ahli Parlimen, beliau seharusnya berani dan bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan dan dakwaan yang dikeluarkannya. Kenyataan beliau amat serius sehingga boleh menjejaskan imej negara di mata dunia, lebih-lebih lagi kenyataannya itu sudah pun disiarkan media antarabangsa.

“Jika dia gagal memberikan bukti, ini bermakna ia sebagai salah satu agenda politik untuk cuba meraih publisiti. Apakah agenda sebenar Tony Pua, apakah dia sengaja mahu mencetuskan kemarahan rakyat dengan memberikan dakwaan palsu?,” katanya.

Tony Pua menerusi blog miliknya sebelum ini, menuntut penjelasan berhubung pembelian enam OPC oleh Kementerian Pertahanan membabitkan kos RM6 bilion sambil membuat perbandingan negara lain seperti New Zealand dan Amerika Syarikat mengeluarkan belanja yang lebih murah untuk pembelian kapal dalam siri berkenaan.
Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan yang menganugerahkan projek pembinaan kapal itu kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

Lum Yong berkata, beliau turut menuntut kerajaan dan Kementerian Pertahanan, mengambil tindakan segera bagi menangani isu ini dan tidak membiarkan Tony Pua mempergunakan isu berkenaan dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau.

Sementara itu, Lum Yong, berkata beliau bimbang pembangkang di negara ini terpengaruh dengan aliran politik Taiwan yang menyaksikan kestabilan wilayah berkenaan sentiasa tergugat disebabkan pembangkang merasakan segala apa yang dibentangkan kerajaan perlu ditentang

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]