Saturday, February 12, 2011

TUGASAN KETUA BAHAGIAN....

Selesaikan masalah dalaman - Najib
12/02/2011 4:50pm

KUALA LUMPUR 12 Feb — Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menasihatkan semua bahagian supaya menyelesaikan segera masalah dalaman di bahagian masing-masing agar parti lebih mantap dan padu.

"Kita dengar apakah permasalahan dalaman. Saya telah nasihat pada mereka supaya lebih padu lagi, dari segi kepimpinan,

"Mana-manapun ada (masalah dalaman), tetapi tidak sampai parti kita rapuh seperti parti lain, tidak ada yang tinggalkan UMNO. Cuma kita minta mereka kendurkan perselisahan faham di bahagian,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan 152 Ketua Bahagian UMNO di sini.

Najib berkata, walaupun perselisihan faham itu tidak boleh diselesaikan 100 peratus, sekurang-kurangnya ia boleh diredakan supaya tidak menjejaskan perjalanan bahagian terbabit.

Najib menyifatkan perjumpaan beliau dengan ketua bahagian UMNO hari ini sebagai cukup berfaedah walaupun mengambil masa yang panjang memandangkan beliau dapat mendengar hasrat daripada ketua bahagian yang kebanyakannya bukan merupakan ahli parlimen, serta rintihan rakyat yang dikemukakan mereka. — Bernama

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]