Friday, February 11, 2011

UMMI HAFILDA MENANTI ANWAR DI PERMATANG PASIR...?

10 Ribu Dijangka Hadir : Ummi Hafilda Mulakan Jihad Malam Ini!

kebiasaannya Anwar Ibrahim suka "menelanjangkan" musuh-musuh politiknya - tidak kira di mana, di pentas ceramah, di media massa mahu pun di dalam Dewan Parlimen - memang Anwar Ibrahim sangat terkenal dengan peranginya yang suka "membogel"kan sesiapa sahaja, janji cita-cita politiknya tercapai. Tabiat Anwar yang suka "menelanjang" dan "membogelkan" para musuhnya dikhalayak ramai - akhirnya memakan diri sendiri! Malam ini, bertempat di Jalan Kebun Kota Raja Kelang, satu ceramah besar-besaran akan diadakan bagi "membogel"kan Anwar Ibrahim pula. Sekiranya selama ini beliau terlalu suka melondehkan seluar orang lain. Maka, pada kali ini, seluar beliau pula yang bakal ditarik dan dirobek-robek oleh masyarakat yang sudah begitu muak dan benci dengan segala ragam kemunafikan Anwar Ibrahim. InsyaAllah roadshow pertama Ummi Hafilda Ali di Jalan Kebun Kota Raja Kelang jam 9.30 malam ini, merupakan permulaan kepada kebangkitan rakyat menolak pembohongan dan penipuan Pakatan Rakyat. Yakinlah - perjuangan murni Ummi pada malam ini adalah titik tolak ke arah satu perjuangan dan jihad suci demi menghancurkan syaitan dan para pembantunya.

Ummi yang sanggup berhadapan dengan segala jentera "jahat" Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya pada malam ini, seolah-olah mempertaruhkan nyawa beliau sendiri bagi menegakkan kebenaran dan menghancurkan kezaliman. Doa saya hanya satu, semoga Allah menguatkan iltizam dan semangat Ummi Hafilda agar terus berjuang sehingga musuh negara ini tersungkur di medan perang! Jumpa anda di sana!!!

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]