Monday, February 14, 2011

Umno Kuala Krau Bermesyuarat Selasa Tentukan Calon DUN Kerdau

Umno Kuala Krau Bermesyuarat Selasa Tentukan Calon DUN Kerdau
TEMERLOH: Umno Bahagian Kuala Krau akan menyenaraikan antara lima hingga tujuh nama untuk dipilih pucuk pimpinan parti sebagai calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
Ketuanya Datuk Ismail Mohamed Said berkata senarai nama itu akan diputuskan dalam mesyuarat bahagian tersebut petang Selasa.
"Lima atau tujuh nama yang berkelayakan dan memenuhi kriteria sebagai calon akan dicadangkan Umno Bahagian untuk diputuskan pucuk pimpinan parti," katanya kepada Bernama, di sini, Isnin.
Ismail berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut.
Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya belum menetapkan tarikh bagi penamaan calon dan hari pengundian, namun persediaan awal menghadapi pilihan raya itu perlu diadakan, katanya.
Kerusi DUN berkenaan kosong selepas wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya kelmarin.
Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin yang mewakili Barisan Nasional menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.
Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi. - BERNAMA

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]