Sunday, March 20, 2011

Dayak diperbodohkan PKR Sarawak

Dayak diperbodohkan PKR Sarawak

6 comments
PKR sekarang berkempen secara besar-besaran di Sarawak. Walaupun terlalu banyak salah laku kepimpinan didedahkan ahli sendiri, parti terlalu korup sehingga menyebabkan berpuluh pemimpin-pemimpinnya tinggalkan parti dan beribu yang lain keluar parti, kumpulan pro-PKR tetap nekad meraih sokongan berbekalkan modal tanah NCR.

Seperkara yang Dayak tidak sedar, di bawah gabungan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP, pemansuhan status bumiputra adalah salah satu objektif utama yang akan dilaksanakan sebaik PR berkuasa. Apakah jaminan PKR akan menjaga hak tanah adat sedangkan DAP berkuasa dalam menetapkan peraturan dan kedudukan hak samarata penduduk di Sarawak? Cuba tanya wakil Baru Bian..

Kita lebih suka semua rakyat khususnya masyarakat kampung mendapat geran tanah. Masalahnya, berapa ramai orang kampung sendiri yang jujur dan tidak mengambil hak tanah orang lain? Bolehkah tuntutan dibuat sesuka hati tanpa justifikasi daripada mahkamah?

Banyak kes adik beradik bertelagah dalam isu tanah sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. Di sinilah peranan pembangkang untuk menimbulkan permasalahan yang tidak pernah menjadi isu sebelum ini.

Baru Bian

The money maker.. Dalam laporan media, kes NCR diwakili beliau mendapat publisiti. Tiga kemenangan memihak plaintif membuktikan kerajaan tidak merampas tanah rakyat. Justifikasi yang betul akan membantu kerajaan menetapkan siapa yang lebih berhak melalui keputusan mahkamah.

Kita hairan, kenapa Baru Bian sahaja mendapat publisiti mengendali kes-kes tanah yang lain? Apakah dengan publisiti, ia lebih berupa iklan untuk mendapat lebih ramai ‘client’? 


Rajahmas difahamkan dalam setiap kes yang menggunakan khidmat guaman seperti ini melibatkan komisen pada kadar 30% daripada jumlah keseluruhan tuntutan yang dibuat. Bermakna jika pihak defendan diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM20,000 kepada plaintif, syarikat guaman akan mendapat bayaran sehingga RM6,000 daripadanya. Andainya dalam tiap-tiap kes mewakili beberapa orang (contoh terbaru melibatkan 5 orang plaintif), bermakna kadar caj sekitar RM30,000 akan dikenakan oleh orang yang mendakwa diri sebagai ‘pembela rakyat’ ini. 

Bayangkanlah ada 200 lebih kes lagi sedang menunggu dan kes lain yang diwakilinya. Melalui cara ini, Baru Bian boleh menjadi jutawan dalam masa terdekat. Ini cuma contoh.. Yang sebenarnya, hanya pelanggan dia sahaja yang tahu.

Maka, apakah dengan menimbulkan isu tanah, membawa keuntungan kepadanya? Inilah agaknya pelan Cheap Minister Sarawak...

PKR

Siapa ketuanya dan siapa timbalannya? Dua orang ini adalah manusia yang paling pandai bermain dengan janji. Tetapi pernahkah keduanya menjanjikan sesuatu secara lengkap, contohnya kalau Pakatan menang, semua masalah akan selesai. 

Huraikan pada waktu berjanji, apa kaedah PR menangani masalah satu persatu dengan tepat. Bolehkah PR/PKR?

Contoh ayat yang selalu menjadi taktik PKR, Anwar dan Azmin ketika berjanji.
  1. Kalau pakatan menang, masalah banjir di Sarawak akan selesai. (adakah maksud menang itu PRK? Atau PRN? Atau PRU?) 
  2. Dokumen bukti itu ada di pejabat saya. (adakah pendengar ceramahnya akan percaya dengan bukti yang dimaksudkan? Yang pasti, ia tidak dibawa sebabnya tidak boleh digunakan dalam mahkamah. Kenapa pentas ceramah menjadi mahkamah?) 
  3. Kempen di Sarawak dengan modal air free di Selangor. (membuktikan kedangkalan janji mereka kerana beranggapan boleh menyelesaikan masalah bekalan air dan elektrik di kawasan rumah panjang yang mengambil masa 3-4 jam perjalanan menaiki bot daripada pekan berhampiran) 
  4. Hutan akan dipelihara daripada politik pembangunan. (Kerajaan negeri WAJAR menghentikan kegiatan pembangunan kawasan pedalaman?) 
  5. Sarawak sudah 47 tahun merdeka tapi masih lagi miskin dan hutan belantara (Kerajaan negeri WAJAR meneruskan kegiatan pembangunan di kasawan pedalaman?) 
  6. Hari ini masuk putra jaya, esok harga minyak dan barang-barang turun. ( membuktikan perancangan Anwar merbahaya kepada sektor ekonomi kerana boleh membuat keputusan sendiri sepertimana dia melantik Baru Bian untuk menjadi CM Sarawak)

Sungguh mudah Anwar dan Azmin berjanji.. Kononnya jika PR menjadi kerajaan, Sarawak dan Sabah akan mendapat otonomi penuh. Tetapi PKR belum menang lagi di Sabah, isteri Anwar, Wan Azizah menjadi ketua parti membelakangi kepimpinan PKR tempatan.

Jawatan Wan Azizah dalam PKR negeri setaraf Baru Bian di Sarawak, siapakah yang PKR  lantik sebagai Ketua Menteri Sabah kelak? Bukankah ini maksud otonomi penuh oleh Anwar/Azmin...?


Blogger PKR

Ramai para blogger pro-PKR Sarawak terlalu taksub dengan sistem ‘one man desicion’ yang cuba diterapkan Anwar melalui parti anak beranak dan kroni daripada Semenanjung. 

Cuba dengar ceramahnya, seringkali melaungkan “kalau saya menang...” 

Rajahmas malas nak ulas banyak. Jika pemimpin PKR keluar parti digelar katak. Semua  kononnya dapat rasuah berjuta-juta. Bagaimana jika blogger pro-PKR tinggalkan parti, adakah nilai mereka beribu-ribu? 

Blogger-blogger pro-PKR Sarawak seperti Ahmad Nazib, Zulhaidah Suboh, Dayakbaru, Cobboldjohn, Hornbillunleash, Baru Bian dan lain-lain semuanya ada kepentingan dalam politik. Mereka ada tempat untuk bertanding pilihanraya negeri nanti. Tentulah mereka semua ada isu bermacam-macam untuk menaikkan nama sendiri.

Kedudukan sebagai wakil rakyat ADUN menjanjikan pendapatan lumayan. Belum lagi kalau jadi ahli exco. Sebab itulah mereka bermati-matian nak sangat jadi wakil rakyat. 

Sesiapa di antara blogger pro-PR yang bercita-cita jadi wakil rakyat PKR mudah sahaja.  Ikutilah langkah mereka seperti berikut;

Langkah pertama – buat blog, sebarkan artikel anti-Taib.
Langkah kedua – Buat laporan SPRM kemudian pampang gambar di blog masing-masing.
Langkah ketiga – berceramah depan Rostrum depan audience walaupun sekejap.
Langkah keempat – Bodeklah Anwar, Azmin dan mereka yang sekroni dengannya.

Jika semua langkah dibuat, 89% anda akan masuk dalam senarai setanding Ahmad Nazib, Zulhaidah Suboh, Dayakbaru, Cobboldjohn, Hornbillunleash dan Baru Bian. Inilah pemimpin yang kononnya layak untuk memajukan Sarawak hasil character assasination ke atas Ketua Menteri dan Timbalannya.. 

Mujurlah BN tidak memilih calon yang hanya bermodalkan cerita keburukan orang lain menjadi wakil rakyatnya, bayangkanlah jika sifat-sifat itu ada pada pemimpin kita sekarang..... Akan bahagiakah hidup rakyat?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]