KUALA LUMPUR 8 Mac - Seramai 11,579,280 pemilih di seluruh negara direkodkan sehingga suku tahun ketiga 2010 dengan pertambahan sebanyak 657,141 pemilih berbanding jumlah ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu. Semasa PRU-12, jumlah pemilih berdaftar adalah seramai 10,922,139 orang. Untuk tempoh PRU-12 hingga suku tahun ketiga 2010, Selangor mencatatkan peningkatan jumlah pemilih berdaftar tertinggi iaitu dari 1,565,494 orang kepada 1,695,591 orang. Jumlah itu diikuti Johor dengan peningkatan 87,235 orang; Perak (70,780 orang); Sarawak (59,282 orang); Kelantan (49,246 orang); Terengganu (43,387 orang); Kedah (39,396 orang); Pulau Pinang (39,261 orang); Pahang (36,700 orang); Sabah (29,876 orang); Negeri Sembilan (26,503 orang); Kuala Lumpur (21,574 orang). Sementara itu, Melaka dengan peningkatan 18,431 orang; Perlis (3,062 orang); Putrajaya (1,721 orang) dan Labuan (590 orang). Perkara itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini. |
Wednesday, March 9, 2011
INFO PRU 13 : JUMLAH PEMILIH MENINGKAT.
Label:
PRU 13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment