Monday, March 14, 2011

INGATAN PRESIDEN KEPADA KETUA UMNO CAWANGAN SELURUH NEGARA.


Pemimpin cawangan perlu dekati rakyat

PEKAN 12 Mac - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin parti itu peringkat cawangan mempunyai peranan paling penting kerana mereka merupakan barisan hadapan untuk berinteraksi dengan masyarakat akar umbi.

Katanya, jika cawangan UMNO berada dalam keadaan kukuh dan aktif, Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kejayaan dengan mudah pada pilihan raya umum akan datang.

"Cawangan UMNO merupakan salah satu cara untuk parti mendekati rakyat malah merupakan antara kaedah rakyat melihat bahawa kerajaan sentiasa menjaga kebajikan mereka," katanya.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan persidangan cawangan berkelompok dan penyampaian bantuan kepada cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Pekan di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun; ADUN Peramu, Ibrahim Awang Ismail dan ADUN Pulau Manis, Khairuddin Ibrahim.

Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata, ahli UMNO tidak boleh memandang ringan ancaman pembangkang terhadap parti itu dan BN.

"Kita perlu menyusun strategi tepat iaitu dengan memilih calon yang boleh menang jika bertanding.

"Jika dulu letak songkok pun boleh menang tetapi sekarang lain, zaman telah berubah. Kita berada dalam zaman yang jauh berbeza dari zaman dahulu," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]