Saturday, March 26, 2011

KOMUNIKASI YAB PM DENGAN RAKYAT - MODEL POLITIK BARU.

PM, rakan Facebook interaksi melalui video


2011/03/26
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak buat pertama kalinya berinteraksi dengan rakan sosial Facebook beliau melalui rakaman klip video dan disiarkan di laman blog peribadinya semalam.

Rakaman video selama dua minit dua puluh enam saat itu adalah sebagai maklum balas terhadap komen Keith Ng’s di laman Facebook beliau berhubung pengiktirafan kerajaan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Beliau juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan 9,239 memperoleh keputusan semua A dan menjadikannya terbaik dalam tempoh empat tahun.
Dalam ucapannya itu, Najib mahu lebih banyak sektor swasta tampil menyalurkan bantuan kepada pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kerana ia satu pelaburan akademik yang menjamin keuntungan di masa depan.

Saranan itu juga selaras dengan usaha untuk mencapai status bangsa maju dengan kepelbagaian pola ekonomi, pelaburan akademik berkenaan harus dimulakan daripada sekarang.

Selain itu, katanya, kerajaan sentiasa memberi sokongan termasuk biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Tahun lalu saya sudah mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan biasiswa kepada semua pelajar yang memperoleh 9A + atau lebih, tanpa memandang etnik atau kaum,” katanya dalam laman blog peribadinya semalam.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]