Tuesday, March 8, 2011

Macam sambut hari raya’

 


AYER MERBAU - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau diibaratkan sebagai ‘hari raya’ buat sebahagian besar penduduk di situ, terutama pengundi.

Pengundi, Maznah Mbam, berkata, selepas kali terakhir situasi sama berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU), kira-kira tiga tahun lalu, pengundi mula bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Malah, katanya, dia bangun sewal jam 4 pagi berbanding kebiasaannya untuk melaksanakan tanggungjawab itu di pusat undian dekat Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Jasin Lalang, di sini.

“PRK ini memang berbeza berbanding PRU dan begitu meriah seakan-akan seperti menyambut hari raya. Ianya merupakan pengalaman manis biarpun terasa penat, namun seronok sangat hari ini sebab pagi-pagi lagi saya sudah bangun untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas membuang undi, semalam.

Bagi Lim Lam Seng, semangatnya begitu berkobar-kobar untuk keluar mengundi sejak seminggu lalu sehingga sanggup membeli dan mengenakan pakaian baru semalam.

“Peluang seperti ini bukan mudah untuk ditemui dan seharusnya direbut penduduk kawasan ini.

“Saya memang tak sabar nak mengundi ditambah pula dengan suasana yang meriah seperti berada di pesta,” katanya yang mengharapkan pemimpin yang pilih turun padang menyelesaikan masalah di kawasanya.

JKKK Ayer Merbau, Zakaria Abd Hamid, berkata, masa mengundi inilah dinantikan pengundi.

“Seumur hidup saya inilah pertama kali adanya PRK di Merlimau dan memang banyak perbezaan dengan PRU kerana suasana berubah wajah.

“Apa saya harapkan pemimpin yang menang dapat menjalankan tanggungjawabnya dan meneruskan serta menunaikan janjinya,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]