Thursday, March 31, 2011

MASIH RAMAI LAGI PENGGUNA GULA TEGAR.

RM788 juta untuk tanggung subsidi gula tahun lalu

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan RM788 juta bagi menanggung subsidi 1.26 juta tan metrik gula sepanjang tahun lalu kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau berkata, walaupun harga gula dinaikkan daripada RM1.40 kepada RM2.10, kerajaan masih menanggung subsidi 40 sen bagi setiap satu kilogram gula, dan menurutnya kenaikan harga gula itu berpunca daripada kenaikan harga mentah di pasaran dunia.

"Ia naik disebabkan beberapa faktor seperti bencana alam dan keengganan negara pengeluar mengeksport hasil keluaran mereka," katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011, bagi kementerian itu di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menurutnya disebabkan harga gula tempatan yang jauh lebih rendah berbanding negara-negara jiran, aktiviti penyeludupan sering berlaku dan pihak yang tidak bertanggungjawab pula cuba mengaut keuntungan daripada perbezaan harga itu.

Tan berkata, oleh itu pihak kementerian bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi mengekang aktiviti penyeludupan bahan mentah itu terutamanya kawalan di sempadan.

Menurut beliau, di Thailand, gula dijual pada harga RM2.31, di Filpina (RM4.51), Singapura (RM3.61) dan di Indonesia (RM3.60).

Sementara itu, Tan berkata, subsidi gula dan tepung memerlukan peruntukan tambahan kerana permintaan yang semakin meningkat terhadap dua bahan mentah itu yang menjadi keperluan di sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berkaitan makanan dan minuman.- Bernama

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]