Thursday, March 24, 2011

PAS PECAH KONGSI DENGAN DAP ?

PAS TIDAK AKAN TUNDUK KEPADA DAP BERKENAAN JUDI ??? BOLEH PERCAYA KER ??? 

DAP akan tentang larangan loteri di Kelantan, kata Karpal

March 19, 2011




SEREMBAN, 19 Mac — Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan menentang rakan komponen Pakatana Rakyat (PR) itu jika terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan.

Dilihat sebagai kata dua kepada PAS, Karpal meminta parti Islam itu supaya “tidak bermain dengan undang-undang”, sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam di negeri tersebut.

“Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) PAS,” kata beliau pada majlis makan malam sambutan 45 tahun DAP di sini malam tadi.
Kerajaan PAS Kelantan berhadapan dengan kritikan parti-parti yang mewakili kaum Cina dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) ekoran larangan menjual loteri.

Para pemerhati melihat larangan itu sebagai usaha PAS mengembalikan undi Melayu, yang kini kelihatan sudah kembali kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak awal tahun lalu.

Kenyataan Karpal (gambar), yang juga ahli Parlimen dan seorang peguam, seolah-olah menggambarkan semula pendirian beliau dalam isu dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS.

Bagaimanapun pada konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, Karpal berkata, isu itu boleh dibincangkan dan perlu diselesaikan dengan segera agar tidak dieksploitasikan oleh BN.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ‘big sweep’.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri ‘big sweep’ yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan,” katanya yang turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Lok Siew Fook; ahli jawatankuasa DAP pusat Liew Chin Tong; Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty bagi membincangkan isu judi tersebut.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut pada bulan lepas.

Isu Loteri Di Kelantan : Tiada Lagi Bulan Di Dalam Dada Karpal!

Akhirnya PAS terus ditipu dan diperdaya oleh DAP. Tiada kata-kata yang lebih hanyir daripada perkataan Nik Aziz yang mendakwa kononnya "di dalam dada Karpal ada bulan" - sekarang di manakah bulan itu? PAS dan Nik Aziz semakin tersepit dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh Karpal Singh dalam isu pengharaman loteri di Kelantan - sudahlah sebelum ini DAP menolak negara Islam dan hukum Hudud PAS, kini mereka semakin berani campur tangan dalam urusan pentadbiran Islam di Kelantan. Soalnya, apa yang mampu dilakukan oleh Nik Aziz sekarang? Masih sayang dan cintakan DAP? Mana perginya Dewan Ulama PAS yang suka mengeluarkan fatwa itu? Dan apa pula pendirian Ketua Pemuda PAS dalam hal ini? Fikir-fikirkan




nampaknya dah ada statement baru dari PAS bahawa PAS tidak akan tunduk berkenaan dengan pengharaman semua kegiatan judi di kelantan.adakah benar PAS tidak akan tunduk dengan DAP ??? ataupun hanya statement untuk menyedapkan hati rakyat ???


SILA LIHAT KENYATAAN DI BAWAH

RANTAU PANJANG,23 Mac..Pas mendakwa ia tidak tunduk kepada rakan sekutunya,DAP,walaupun ia bersedia mengkaji semula larangan terhadap aktiviti perjudian di Kelantan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan,Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata kajian itu hanya bagi menentukan bidang kuasa pihak berkuasa kerajaan tempatan dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menjual tiket judi di luar premis perniagaan.

"Undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan jelas tidak membenarkan kegiatan perjudian dilakukan dalam premis di kawasan pihak berkuasa kerajaan tempatan,sebagaimana mengikut Akta Kerajaan Tempatan.Tidak timbul soal kita tunduk kepada tekanan mana-mana pihak menyebabkan kerajaan negeri bercadang mengkaji semula undang-undang melarang kegiatan perjudian di negeri ini,".katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dua minggu lepas berkata beliau akan meminta Penasihat Undang-Undang mengkaji semula dari segi undang-undang dalam pengharaman kegiatan perjudian di negeri ini.

DAP sebelum ini mahu kerajaan Pas Kelantan mengkaji semula tindakannya merampas tiket loteri kebajikan di tiga premis perniagaan di bandar ini supaya tidak menjejaskan sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

-- BERNAMA

KALAU TIDAK TUNDUK KEPADA DAP KENAPA NAK KAJI ???

KENAPA TAK HARAMKAN TERUS ???

KALAU NAK JADIKAN KELANTAN SEBAGAI NEGERI ISLAM,SILA HARAMKAN DAN TAK PERLU NAK KAJI LAGI !!!

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]