Wednesday, March 2, 2011

Polis luluskan 11 permit ceramah kepada BN di Merlimau



JASIN: Polis meluluskan 11 permit ceramah kepada Barisan Nasional (BN) sejak kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, bermula Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, Superintendan Dzaamoddin Saleh berkata, pada hari ini polis menerima empat lagi permohonan permit ceramah, juga daripada BN, yang sedang dalam proses untuk diluluskan. "Bagaimanapun, kami tidak menerima sebarang permohonan permit daripada parti PAS sehingga kini," katanya dalam sidang media di Markas Taktikal (Martek) Polis raja Malaysia di Merlimau, di sini hari ini.


Katanya, keadaan keselamatan di kawasan Merlimau masih terkawal dan tiada sebarang kejadian buruk dilaporkan selepas dua hari kempen pilihan raya bermula.


Dzaamoddin berkata, polis menerima tiga laporan berkaitan kempen iaitu satu kes kain rentang hilang dan dikoyakkan megikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, satu kes fitnah mengikut Sekyen 500 Kanun Keseksaan dan satu lagi kesalahan mengikut Sekyen 27 Akta Polis 1967 iaitu mengadakan ceramah tanpa permit.

"Kesemua laporan ini masih dalam siasatan polis," katanya.

Calon BN Roslan Ahmad, 44, ditentang calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, dalam pilihan raya kecil itu pada Ahad ini, yang diadakan berikutan kematian wakil rakyat DUN itu, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.-Bernama /td>

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]