Friday, March 11, 2011

PRU 13, ADAKAH INI YANG AKAN BERLAKU ?

analisis pru12: parlimen yg memungkinkan


salaam..

aku cuba melihat kemungkinan akan kebenaran tentang kemampuan ba membentuk kerajaan melalui pilihanraya.. cuba melihat sejauh mana kebarangkalian ini akan berlaku.. mencongak2 peluang dan cara, tanpa menambah2 akan kesan perpecahan dlm umno terhadap peluang yg memungkinkan..

jumlah keseluruhan kerusi parlimen malaysia ialah 222.. dari jumlah ini, 56 kerusi adalah dari sabah (25) dan sarawak (31).. bermakna 75% kerusi parlimen berada di semenanjung.. adakah ini bermakna sabah dan sarawak punya kuasa penentu?


kalo kita tengok profil kawasan di semenanjung, 96 kwsn (43%) adalah kwsn melayu dan 18 kwsn (8%) adalah kwsn cina.. 45 kwsn (20%) adalah kwsn bercampur2 melayu dan cina, dan selebih nya 7 kwsn (3%) adalah kwsn yg dipengaruhi oleh 3 kaum yg berbeza..

keputusan pru menunjukkan ada pertambahan 18 wakil melayu dari sabah dan sarawak.. jika kita anggap 18 wakil melayu nih melambangkan 18 kwsn melayu, bermakna total 114 kwsn (51%) adalah kwsn melayu sebagai majoriti.. secara umum, melayu masih boleh membentuk kerajaan dengan 'simple majority'..


kita lihat dalam lagi.. keputusan pilihanraya menunjukkan terdapat 127 (57%) wakil melayu dlm parlimen, 55 (25%) wakil cina, 13 (6%) wakil india dan 27 (12%) wakil kaum2 etnik sabah/sarawak..

pecahan wakil melayu ialah 84 wakil dr bn (66 wakil dari semenanjung) dan 43 dari ba (pas-23,pkr-20).. 61% wakil melayu di semenanjung berada dalam umno.. bermakna majoriti melayu masih yakin supaya kerajaan malaysia ditadbir oleh umno..

pecahan wakil cina dan india ialah 29 wakil dari bn (20 wakil dari semenanjung) dan 39 dari ba (dap-28,pkr-11).. 57% bukan melayu (dap-41%,pkr-16%) meyakini ba dalam menerajui malaysia.. dan 81% daripada jumlah keseluruhan wakil bukan melayu ini adalah cina (bn-26,dap-22,pkr-7)..

untuk etnik sabah/sarawak, hanya dap berjaya 'mencuri' 1 kerusi dari tiap negeri tersebut utk ba.. purata 96% kerusi disetiap negeri tersebut dimenangi oleh bn (sabah-24,sarawak-30).. bermakna sabah/sarawak sangat yakin dengan kepimpinan bn untuk menguruskan malaysia..

dari profil kwsn dan demografi kaum dlm parlimen, agak sukar untuk membuat kesimpulan tapi boleh dirumuskan melayu masih menjadi penentu siapa yg dapat membentuk kerajaan dan sabah/sarawak merupakan faktor kuat utk memberi kesan kepada kuasa 2/3 dewan.. sokongan melayu masih 60-40 berpihak kepada umno, manakala sokongan cina masih seimbang antara bn-ba, india hilang keyakinan kepada mic, sedangkan sabah/sarawak masih menyokong bn sepenuhnya..


kita pecah2kan jumlah kerusi parlimen pada 3 kategori mengikut kuantiti mengikut negeri menjadi seperti berikut:

kawasan utama: perak(24), selangor(22), johor (26), sabah(25) dan sarawak(31).. total 128 (58%) kerusi parlimen..

kawasan penting: kedah(15), kelantan(14), p.pinang(13), pahang(14) dan w.persekutuan(13).. total 69 (31%) kerusi..

kawasan kecil: perlis(3), terengganu(8), n.sembilan (8) dan melaka(6).. total 25 (11%) kerusi..

kalo kita lihat profil negeri, wakil bn menguasai kerusi2 di perlis (100%), terengganu (88%), pahang (86%), n.sembilan (56%), melaka (83%), johor (96%), sabah (96%) dan sarawak (97%).. manakala ba mendapat sokongan di kedah (73%), kelantan (86%), p.pinang (85%), selangor (77%) dan w.persekutuan (77%).. manakala perak menunjukkan sokongan yg hampir seimbang (bn-13,ba-11)..

bermakna bn menguasai 3 kwsn utama, 1 kwsn penting dan 4 kwsn kecil.. berbanding ba menguasai 1 kwsn utama dan 4 kwsn penting.. manakala 1 kwsn utama masih seimbang.. keputusan pru, bn hanya menguasai 86 (52%) kerusi parlimen di semenanjung..

kita lihat profil negeri di semenanjung lebih terperinci mengikut majoriti kaum:

kwsn utama:
PERAK (M-12; C-4; M/C-6; M/C/I-2)
SELANGOR (M-9; C-1; M/C-11; M/C/I-1)
JOHOR (M-10; C-1; M/C-15)

kwsn penting:
KEDAH (M-14; M/C/I-1)
KELANTAN (M-14)
PULAU PINANG (M-4; C-7; M/C-2)
PAHANG (M-11; M/C-3)
WILAYAH PERSEKUTUAN (M-2; C-4; M/C-6, M/C/L-1)

kwsn kecil:
PERLIS (M-3)
TERENGGANU (M-8)
NEGERI SEMBILAN (M-5; M/C-1; M/C/I-2)
MELAKA (M-4; C-1; M/C-1)

ratio parlimen ialah 82 ba dan 140 (63%) bn.. perbezaan 58 wakil dari ba dan lebih 29 wakil yg diperlukan utk 'simple majority'..

pecahan kaum dlm bn ialah 84 (60%) wakil melayu dan 36 wakil bukan melayu (c-26,i-3,l-27%).. berbanding ba yg diwakili 43 (52%) oleh melayu, 27 wakil cina dan 10 wakil india..

persoalannya ialah bagaimanakah keadaan ini memungkinkan kemenangan ba dalam pilihanraya?

pertama, dari segi penguasaan negeri, ba menguasai 1 kwsn utama dan 4 kwsn penting serta kebolehan menguasai 1 kwsn utama yg seimbang.. ini meninggalkan bn kepada 3 kwsn utama dan 1 kwsn penting.. bermakna peluang bn ialah 43%.. manakala ba mempunyai peluang 46% (35% + 11%) dari kwsn2 tersebut.. jika penguasaan total berlaku maka perbezaan hanya 3% (lebih kurang 7 kerusi).. tidak termasuk 11% yg boleh disumbangkan oleh kwsn kecil..

kedua, profil johor ialah 10 kwsn melayu, 1 kwsn cina dan 15 kwsn melayu/cina.. situasi terkini hanya 1 kwsn cina berpihak pada ba.. 15 kwsn campur berpotensi utk dikuasai oleh ba, berupaya mengurang 6% lagi peluang bn..menjadikan peluang bn 37% dan meningkatkan peluang ba kepada 52%.. pahang hanya berupaya memberi tambahan 1%, menggunakan potensi yg sama.. memberi total 53% peluang pada ba..

ketiga, profil kwsn kecil yg terdiri dari 4 negeri, ba berpotensi untuk menguasai terengganu.. yg mampu memberi 4% lagi.. dan melaka dan n.sembilan mampu memberi 3% jika bukan melayu menyokong ba.. menjadikan total 60% peluang ba membentuk kerajaan.. sekali lagi jika mengandaikan potensi seperti dibahagian 2.. manakala jika lebihan kwsn kecil ini dikuasai bn, memberi tambahan 4%, menjadikan peluang bn ialah 40%..

perlu diambil perhatian, jika faktor sabah dan sarawak dikeluarkan dari peratusan kebarangkalian ini, bermakna bn hanya ada peluang 15% sahaja, yg disumbangkan oleh johor (12%-6%), pahang (6%-1%), perlis (1%), melaka (2%-1%) dan n.sembilan (4%-2%).. bermakna selain dari memperolehi sokongan kukuh di negeri2 yg lain (kedah, kelantan, terengganu, p.pinang, perak, selangor, w.persekutuan), ba perlu mendapat sokongan sebahagian dari johor, melaka dan n.sembilan.. hanya ini yg memungkinkan kemungkinan..

maka jika itu terjadi, kemungkinan ba untuk membentuk kerajaan adalah 60%, berpeluang mempunyai 133 wakil dlm parlimen, iaitu lebihan 51 wakil dari yg ada sekarang.. ini hanya berlaku, jika sentimen org melayu masih seperti pru12, jika ba mampu memperkukuh sentimen di negeri yg sudah dikuasainya dan jika sokongan bukan melayu di semenanjung beralih sepenuhnya kepada ba.. kekurangan 15 kerusi parlimen lagi untuk memberi kemungkinan mendapat 2/3 majoriti dewan..

wallahualam..

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]