Abdul Rahim Sabri
Mac 8, 11
5:57pm
Pakatan Rakyat dijangka merampas sekurang-kurangnya 15 kerusi dewan undangan negeri Sarawak pada pilihan raya negeri yang bakal diadakan, kata Profesor Madya Shaharudin Badaruddin.
Daripada 15 kerusi itu, 12 adalah kerusi yang akan ditanding oleh SUPP, katanya membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Lanskap Politik Semasa Menjelang PRU Ke-13: Analisis Sabah Dan Sarawak di Universiti Malaya hari ini.
“Jika berdasar trend pengundian masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil di Sibu tahun lalu berterusan kemungkinan BN akan tewas di 12 kerusi DUN yang terdiri daripada masyarakat Cina,” katanya.
Selain gagal merampas kembali tujuh kerusi yang ditumbang kepada DAP dan PKR pada pilihan raya negeri 2006, Shaharudin berkata kerusi di Repok, Dudong, Pelawan, Batu Kawah dan Bawang Assam juga berkemungkinan dikuasai pembangkang.
‘bahaya besar’ di tiga lagi kerusi iaitu DUN Pelawan yang hanya menang majoriti 263 undi pada 2006, Dudong (408 undi) dan Repok (576 undi). Terlalu lama DAP kini menguasai Bukit Assek, Pending, Meradong, Batu Lintang, Kidurong dan Kota Sentosa manakala PKR pula menduduki kerusi Padungan. Ngemah pula dimenangi oleh wakil Snap yang kemudiannya berpaling tadah ke Parti Cinta Malaysia.
Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN. Menurut Shaharudin, beberapa isu tempatan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat khususnya berkaitan dengan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mula memberi kesan
“Siapa yang mengganti Abdul Taib, akan menjadi isu besar. Jika BN tidak berjaya merungkai masalah ini, BN akan menghadapi masalah.
“(Beliau) menjadi liabiliti dalam pilihan raya kecil Sibu. Dan beliau akan menjadi isu besar dalam pilihan raya (negeri) akan datang,” katanya. Program ini dianjurkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Kerusi Melayu Mengulas lanjut, Shaharudin tidak menolak kemungkinan tiga kerusi kawasan Melayu yang kini dimilik oleh PBB yang diketuai oleh Taib juga diramal tumbang kepada Pakatan.
Kerusi itu ialah di Beting Maro, Sadong Jaya dan Saribas.yang majoriti pengundinya terdiri daripada masyarkat Melayu.
Ini kerana pada pilihan raya negeri yang lalu, ketiga-tiga kerusi itu dimenangi undi kurang daripada 1,000.undi.
Menurut Shaharudin, tempoh pemerintahan Taib yang terlalu lama, iaitu berkuasa selama 30 tahun dan isu dinasti turut menjadi duri dalam daging kepada BN.
Apatah lagi katanya, manifesto DAP turut diterima oleh masyarakat Cina dan ini diperlihatkan semasa pilihan raya kecil Sibu tahun lalu, termasuk protes senyap di kalangan masyarakat tersebut. Beliau juga turut menunjukkan slide yang menunjukkan beberapa kain rentang yang muncul ketika pilihan raya kecil Sibu seperti Vote for SUPP =Vote for Taib sebagai contoh isu itu akan dimainkan.
“Selagi ada Taib, mereka tidak akan mengundi BN,” katanya ketika ditemui selepas pembentangan itu.
Shaharuddin juga menjangkakan pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung pada bulan April.
Namun, dalam pembentangan ini juga, Shaharudin berkata Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak masih belum bersedia untuk membentuk kerajaan negeri.
Ini katanya, terutama bagi PKR di Sabah yang masih mempunyai masalah mencari pemimpin dan gabungan Pakatan di Sarawak pula dikatakan “tidak sekukuh” seperti BN.
“Kerajaan (BN) sudah bersedia, banyak pembangunan di sana,” katanya. – Malaysiakini.
16 FEB — Ramai bertanya, apakah tsunami politik seperti di Semenanjung pada 2008, akan menimpa Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum (PRU) akan datang? Untuk sekurang-kurang tiga pilihan raya lagi, tsunami politik tidak akan berlaku di kedua-dua negeri itu. Barisan Nasional (BN) Sarawak pasti tidak berdepan kesukaran besar mempertahankan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri ke-10, dijangka April depan.
Demografi dan profil pengundi di kedua-dua negeri itu jauh berbeza berbanding di Semenanjung. Banyak faktor, termasuk taraf pembangunan, komunikasi dan media serta taraf celik politik penduduk yang relatif rendah menyebabkan fenomena itu tidak akan berlaku.
Tsunami politik hanya berlaku jika jumlah pengundi tua semakin mengecil dan jumlah pengundi muda semakin bertambah. Itu pun jika golongan pengundi muda sedar peranan dan tanggungjawab mereka.
Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk lebih 21 tahun di seluruh negara belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir 2009; dengan 65 peratus ialah Bumiputera. Sarawak berada pada kedudukan keempat dari segi jumlah terbabit yang belum mendaftar, iaitu seramai 473,000 orang di belakang Selangor, Johor, dan Perak.
Tsunami politik hanya berlaku apabila jumlah golongan celik huruf dan terpelajar semakin meningkat, ditambah kadar migrasi ke bandar semakin bertambah. Dengan itu, mereka akan lebih sedar mengenai perkembangan di sekitar mereka, terutama melalui media alternatif.
Untuk PRU-13 nanti, Sabah dan Sarawak pasti terus menjadi penyumbang utama kerusi Parlimen seterusnya penentu survival BN terus berada di Putrajaya. Sejak 1970-an lagi, kedua-dua negeri ini menjadi kubu kuat dan kedudukan itu tidak akan tergugat.
Dengan komitmen BN khususnya di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk menangani masalah pembangunan di luar bandar di Sabah dan Sarawak, rakyat dijangka terus mendukung BN dalam pilihan raya umum nanti. Perdana Menteri kerap melawat pedalaman Sarawak dan Sabah bagi mengetahui masalah rakyat secara lebih dekat. Peruntukan lebih besar disalurkan untuk jalan raya, bekalan api dan air bersih.
Melangkah ke hadapan, tidak akan berlaku anjakan atau perubahan besar di Sabah dan Sarawak pada pilihan raya nanti. Kerusi luar bandar dan separa bandar dengan majoriti pengundi Bumiputera hampir pasti kekal dalam genggaman BN. Kajian Merdeka Center tahun lalu mendapati 70 hingga 80 peratus pengundi di Sarawak mempunyai persepsi positif terhadap dasar dan tindakan BN. Kajian itu mendapati bahawa 64.1 peratus menyokong BN.
Daripada kajian itu didapati 36.9 peratus memilih parti yang dapat membawa pembangunan; 28 peratus adalah berdasarkan isu yang berkembang dalam masyarakat dan negara dan 27 peratus lagi akan mengundi calon yang dapat membawa pembangunan, bekerja kuat dan mampu menyuarakan aspirasi rakyat.
Meskipun demikian, 11.2 peratus responden mahu mengundi pembangkang, dengan 36 peratus pengundi Cina mahu mengundi pembangkang, manakala 33 peratus pengundi Cina belum pasti siapa yang hendak diundi.
Sebanyak 37.7 peratus bukan Melayu mendakwa mereka tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan. Belum terdapat kajian sedemikian dilakukan di Sabah, tetapi pola pengundian dijangka tidak jauh berbeza daripada trend di Sarawak. Hal ini demikian sebab, dari segi pembangunan kedua-duanya masih lagi dikateogrikan sebagai mundur, terutama di luar bandar.
Ketika pembangkang dilihat sebagai tidak mempunyai pemimpin berwibawa dan masih tercari-cari pemimpin yang dapat menggerakkan sokongan, harapan untuk pembangkang menang besar pada PRU nanti adalah tipis. Paling pun ia hanya dapat menambah satu dua kerusi majoriti Cina di bandar utama.
Kelemahan utama pembangkang ialah ketiadaan jaringan dan jentera penggerak kempen berkesan. Berbanding BN yang memiliki jentera akar umbi mantap melalui parti komponen masing-masing, pakatan pembangkang begitu lemah dari segi jentera akar umbi disebab-kan faktor geografi dan hambatan sistem pengangkutan di kedua-dua negeri. Parti komponen pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai banyak cawangan di luar bandar.
Ketiadaan jentera akar umbi atau sokongan cawangan di daerah dan kampung menyulitkan usahanya memenangi hati dan minda pengundi kerana dasar, idealisme dan ideologi mereka tidak dapat disampaikan dengan berkesan kepada peringkat akar umbi.
Pemilihan calon yang benar-benar berwibawa adalah satu lagi masalah besar yang membelenggu pakatan pembangkang, terutama PKR. DAP tidak berdepan masalah mencari calon muda profesional, berkelayakan dan berpengaruh. Malah, satu daripada daya tarikan DAP ialah keupayaannya menampilkan calon muda berbanding Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
PKR menghadapi masalah mencari calon profesional, muda dan berkelayakan terutama untuk bertanding di kawasan Melayu/Melanau. Selagi masalah ini tidak diatasi, selagi itulah peluang untuknya memenangi kerusi adalah sukar.
Untuk pembangkang berada di Putrajaya, ia perlu memenangi sekurang-kurangnya setengah daripada 56 kerusi di Sabah dan Sarawak — sesuatu yang sebenarnya amat sukar untuk pilihan raya akan datang.
Dengan terbatasnya keupayaan pakatan pembangkang dari banyak segi berbanding BN di kedua-dua negeri terbabit, impian untuk merebut kuasa dari BN adalah sesuatu yang mustahil, setindak-tidaknya pada PRU ke-13 nanti. — Berita Harian
* Jeniri Amir is a political analyst at Universiti Malaysia Sarawa |
No comments:
Post a Comment