Monday, March 21, 2011

RM2.4 bilion untuk Kelantan



RM2.4 bilion untuk Kelantan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 20 Mac – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.4 bilion bagi fasa pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk pembangunan Kelantan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan itu bagi melaksanakan 426 projek baru di negeri itu termasuk penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur.

Menurutnya, ketika ini pihaknya sedang menyenaraikan projek-projek untuk fasa kedua sebelum dihantar ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi mendapatkan peruntukan.

“Projek-projek ini dilaksana bagi memberikan kemudahan kepada rakyat di negeri ini terutama dari aspek infrastruktur kerana masih banyak lagi yang diperlukan oleh rakyat Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan di sini hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan mahu setiap program yang dilaksanakan memberi manfaat maksimum kepada rakyat dan pulangan baik terhadap setiap wang yang dilaburkan itu.

“Kita perlu lihat semula kepada skop projek supaya tidak berlaku pembaziran dan tidak melebihi kehendak rakyat,” katanya.

RM700,000 baik pulih Masjid Gual Ipoh

IKMAL Hisham Abdul Aziz (dua, kiri) menyerahkan surat kelulusan kepada Pemangku Pengerusi Masjid Gual Ipoh, Mohamad Daud Yaakub di Tanah Merah, semalam.

TANAH MERAH 20 Mac - Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi peruntukan berjumlah RM700,000 kepada Masjid Gual Ipoh di sini untuk tujuan membaik pulih masjid tersebut.

Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, pada permulaannya, permohonan yang dikemukakan hanya berjumlah RM500,000 tetapi jumlah itu telah ditambah sebanyak RM200,000 lagi.

Katanya, beliau menerima surat kelulusan yang ditandatangani sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi kelulusan peruntukan itu, baru-baru ini.

''Justeru penduduk Gual Ipoh merupakan golongan bernasib baik kerana mendapat perhatian daripada pemimpin atasan yang memahami keperluan mereka," katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Surat Kelulusan peruntukan untuk Masjid Gual Ipoh, di sini malam tadi.

Dalam ucapannya, beliau berkata, UMNO Bahagian Tanah Merah sedang memantau lebih 20 buah masjid dan kira-kira 300 madrasah di kawasan Parlimen Tanah Merah untuk diperbaiki.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]