Walaupun Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib sudah lama memiliki akaun facebook, twitter serta blog sendiri bagi memudahkan beliau berhubung dengan seluruh rakyat Malaysia namun amat menyedihkan di Sarawak ini apabila masih terlalu ramai pemimpin-pemimpin BN negeri yang belum lagi mahu mengikut jejak langkah PM itu ataupun mungkin kerna mereka masih was-was dan takut untuk menerima kritikan secara langsung daripada rakyat.
Sebagai pemimpin mereka harus mempunyai jiwa yang terbuka, berani serta bersedia menerima apa jua pandangan atau pendapat daripada rakyat Sarawak, biarpun terdapat pandangan yang bertentangan dan bukannya mengamal sikap yang sentiasa cuba untuk mengelak dari menerima sebarang teguran tidak kiralah samada teguran itu membina ataupun sebaliknya.
Apa yang penting adalah apabila rakyat yang mereka wakili di DUN masing-masing ingin untuk menyampai tentang apa jua permasalahan mereka, maka sudah tentulah sekiranya setiap seorang daripada wakil rakyat itu ada saluran yang memudahkan rakyat untuk berhubung secara terus dengan mereka seperti facebook, twitter selain dari telefon jadi saya pikir kalau setakat kes seseorang wakil rakyat itu jarang turun padang mungkin dapat diatasi walaupun hanya mengetahui dari jauh tentang apa jua masalah rakyat namun apa yang penting ialah beliau sudah tahu masalah rakyat di kawasan beliau tanpa perlu selalu untuk turun ke kawasan.
Kalau mahu dikira jumlah semua wakil rakyat Sarawak yang mudah untuk dihubung melalui media baru ini adalah terlalu kecil dan ada juga berlaku kes dimana walaupun sesetengah daripada mereka sudah ada akaun facebook sebagai contoh tetapi mereka masih lagi takut untuk menerima permintaan rakyat di kawasan masing-masing yang minta untuk ditambah sebagai rakan didalam wall milik mereka malahan ada yang sampai sekarang langsung tidak memberi sebarang respon kepada perkara berkenaan seperti Ahli Parlimen Mukah YB DS Dr Muhammad Leo Michael Toyad, Ahli Parlimen Batang Sadong YB Hajjah Nancy Shukry dan beberapa orang lagi.
Namun, syabas diucapkan kepada Ahli Parlimen Petra Jaya YB Datuk Fadillah Yusof, Ahli Parlimen Sibuti YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang, ADUN N50 Dalat YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah, Ahli Parlimen Igan YB Datuk Haji Abdul Wahab Haji Dollah serta beberapa nama pemimpin BN Sarawak yang tak tersebut disini, mereka ini sudah ada akaun facebook masing-masing, senang dan mudah untuk rakyat menyalurkan apa-apa jua masalah yang timbul dikawasan yang mereka wakili walaupun rakyat tidak terlalu mengharapkan wakil mereka dapat mengatasi segala aduan yang dibuat tetapi sekurang-kurangnya wakil-wakil rakyat berkenaan sudah dimaklumkan tentang sebarang masalah yang ada. |
No comments:
Post a Comment