Gabra dengan perbicaraan kes liwatnya dan kini pendedahan video seks yang didakwa melibatkan dirinya,Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti biasa cuba mengunakan taktik ‘mahkamah rakyat’ untuk mengapi-apikan kemarahan penyokongnya.

Apa yang berlaku di ceramahya di pusat khidmat Ahli Parlimen Gombak di Taman Melawati dekat Kuala Lumpur Jumaat malam adalah bukti bagaimana beliau kini cuba mengunakan penyokongnya sebagai ‘pelindungnya’.

Keadaan ceramah itu menjadi kecoh sekitar jam 11.30 malam apabila polis meminta beliau menghentikan ceramahnya dari waktu 15 minit yang ditetapkan.

Dalam ceramah kempen DNA PKR Anwar antara lain menghentam pendedahan video seks oleh Datuk T.

Sebahagian dari penyokongnya telah bertindak ganas membaling botol air mineral dan sebagainya kearah anggota polis.

Mereka juga memaki hamum anggota polis.

FRU terpaksa bertindak mengawal keadaan yang panas ketika itu.

Lebih 1,000 orang hadir di ceramah itu.-25/3/2011