Tuesday, March 1, 2011

Taktik ‘reverse psychology’ pembangkang

Taktik ‘reverse psychology’ pembangkang

pix_gal0
MOMENTUM sejak kebelakangan ini, memperlihatkan rakyat sedang menuju ke arah memberikan semula nafas kepada Barisan Nasional (BN) atas empat perkara asas walaupun parti pembangkang terus mencari isu dan ruang untuk memastikan dakyah dan penafian terhadap jasa serta kejayaan BN, terus dilakukan.

Pertama, asas itu ialah kepercayaan dan keyakinan kepada kepemimpinan Perdana Menteri. Keduanya, transformasi ekonomi dan politik mula dirasai kumpulan khalayak. Ketiganya, rakyat kini serik dengan janji dan manifesto pembangkang yang tidak dipenuhi langsung. Keempat, bukti terbaru menunjukkan apabila pembangkang berkuasa nampaknya mereka hanya memihak puak mereka, tidak seperti BN yang mementingkan layanan kepada semua tanpa mengira politik.
“Atas empat faktor ini, tentu sekali pihak pakatan rakyat mahu mencari tempat jika boleh, bagi menentukan bahawa satu usaha penafian terhadap kejayaan BN, dapat dilakukan. Oleh demikian, tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau mungkin agak berstrategik kerana jika mereka meletakkan calon, imej parti itu akan tercalar. Oleh demikian, persetujuan (calon PAS bertanding ialah) dengan hasrat supaya sekali lagi imej PAS tercalar dan matlamat mereka ialah menentukan bahawa PKR hanya kalah di beberapa tempat sebaliknya PAS akan lebih banyak kalah di tempat lain,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengulas perkembangan awal kempen pilihan raya di DUN Merlimau. Sebaliknya, BN mempunyai ramai calon berpotensi dan keadaan itu turut menyukarkan pemilihan calon. Namun kata beliau, apa yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak, dan kepemimpinan UMNO Negeri Johor di DUN Tenang ialah walaupun seseorang itu tidak memegang jawatan parti pada peringkat Bahagian tetapi kalau disenangi dan boleh menang maka itulah orang yang akan terpilih.

“Jadi, di Merlimau pun mungkin kalau kerana terlalu ramai sangat yang layak, tentu pilihannya sekali lagi menjurus ke arah siapa yang boleh memenangi pilihan raya ini kecil itu dan siapa yang disukai pengundi di situ,” katanya.

Mengulas perebutan antara PKR dan PAS pada peringkat awal untuk meletakkan calon masing-masing sehingga kata putus terpaksa dibuat oleh kepemimpinan tertinggi pakatan pembangkang, Zahid berkata, PKR pada peringkat awal berminat meletakkan calon tetapi kerana tempat itu sudah diperuntukkan kepada PAS maka parti itu tentu mahu menempatkan semula calonnya tanpa mengetahui bahawa PKR pun ada strategi untuk mencalarkan imej PAS.

“Saya harap dengan tidak rasa takbur, kita menggerakkan jentera UMNO supaya bekerja lebih keras kerana matlamat pembangkang bukan mahu memenangi pilihan raya kecil itu tetapi bagi mereka mengurangkan undi pun satu kejayaan seperti berlaku di DUN Tenang, baru-baru ini,” katanya.
Dalam soal isu yang bakal dibangkitkan PAS, beliau yakin ia menjurus kepada isu nasional lantaran tidak ada isu tempatan yang boleh dijaja untuk memperdayakan pengundi DUN Merlimau.

Pada masa sama, rekod menunjukkan masih ramai pengundi Cina dan India di Melaka termasuk DUN Merlimau menyokong calon BN walaupun berlaku tsunami politik dalam pilihan raya umum 2008.

Majoriti Cina di DUN Merlimau ada di peti undi Ayer Merbau (273), Permatang Serai (348), Merlimau Pasir (522) dan Pengkalan Samak (623) selain ada 80 pengundi di Jasin Lalang dan Merlimau Utara (100) menjadikan jumlah keseluruhan 2,247 pengundi atau 20.8 peratus.

Ada 1,576 pengundi India (14.64 peratus) dan daripada jumlah itu 470 ada di Merlimau Pasir, Jasin Lalang (366), Merlimau Utara (236), Chinchin (221) selain Ayer Merbau (139), Pengkalan Samak (134) dan Permatang Serai (10).

“Ini satu fenomena yang amat dinanti-nantikan BN sebenarnya kerana banyak diperkatakan pengundi India menyokong dengan jumlah undi yang tertinggi dan sokongan orang Cina juga naik peratusannya.

“Namun saya fikir, bukan hanya parti komponen BN harus membuktikan kebenaran fakta itu tetapi badan bukan kerajaan, persatuan dan badan sukarelawan Cina tentu sekali mahu memperlihatkan kebersamaan mereka dengan kerajaan BN kerana banyak daripada permintaan mereka diambil peduli oleh Perdana Menteri.

“Selain itu, beberapa soal dulunya dianggap sensitif juga sudah ditangani kerajaan. Penekanan dan keprihatinan juga diberi oleh Perdana Menteri terhadap pendidikan,” katanya.

Ditanya apa bukti meningkatnya sokongan pengundi kedua-dua kaum itu, Zahid berkata dari segi peti undi dalam pilihan raya kecil terdahulu yang disemak didapati sokongan di peti undi Cina memperlihatkan peningkatan.

“Contoh di Tenang, daripada empat peti undi Cina yang dulu kita kalah, sekarang kita kalah satu saja. Jadi ini satu petanda pengundi Cina mula mengambil kira faktor politik dan penyertaan mereka dalam menterjemahkan pendemokrasian sistem politik kita ini dengan sepenuhnya,” katanya.

Namun beliau memberi amaran bukan saja jentera malah pengundi jangan berasa selesa dan yakin calon BN menang sehingga mereka tidak bekerja atau keluar mengundi.

“Reverse psychology’ ini memang dimainkan oleh pembangkang. Mereka akan mendakwa tidak ada bezanya kalau pengundi menyokong pembangkang sebab bukan boleh mengubah kerajaan negeri berkenaan. Oleh itu, pembangkang akan merayu pengundi mengundi calonnya bagi membuktikan tindakan menyokong calon mereka tidak memberi apa-apa kesan.

“Jadi itu adalah ‘reverse psychology’ kempen politik pembangkang yang lazim kita dengar,” katanya

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]