Pembangunan tanah: Saya bukan dapat komisen 2011/03/25 MARUDI: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau secara peribadi tidak memperoleh apa-apa imbuhan kewangan hasil daripada usahanya memperkenalkan konsep estet Bumiputera untuk membangunkan tanah Bumiputera di negeri ini. Katanya, tidak ada sebab bagi beliau dituduh oleh segelintir pihak sebagai cuba merampas tanah rakyat melalui konsep pembangunan itu sedangkan tujuannya untuk meningkatkan taraf hidup pemilik tanah berkenaan. "Saya buat estet Bumiputera, gaji saya masih macam itu juga. Tidak bertambah kerana bukan ada komisen," kata Taib, yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak. Taib berkata demikian semasa berucap merasmikan projek pembangunan tanah hakadat Bumiputera Lubok Nibong-Dabai-Pasir Puteh di sini hari ini. Katanya, konsep estet Bumiputera terhasil selepas kejayaan kerajaan negeri membangunkan kira-kira satu juta hektar tanah kerajaan melalui usahasama dengan syarikat perladangan swasta. Melalui konsep estet Bumiputera ini, Taib berkata, usahasama diwujudkan diantara pemilik tanah, agensi kerajaan yang dilantik serta syarikat perladangan swasta untuk membangunkan tanah Bumiputera. Katanya, hak pemilik ke atas tanah mereka juga tetap terpelihara selain dapat menambah nilai tanah mereka serta mendapat pulangan dalam bentuk dividen hasil pembabitan mereka dalam usahasama itu. Katanya, melalui konsep ini juga, tanggapan "Bumiputera ada harta tapi tiada nilai" dapat dikikis. Beliau berkata, kurang pemahaman di kalangan pemilik tanah Bumiputera mengenai konsep inilah yang membuka peluang kepada pihak tertentu untuk menakut-nakutkan mereka dengan dakwaan kerajaan hendak merampas tanah mereka. "Tidak ada sebab untuk kami (kerajaan) nak rampas tanah rakyat," katanya. - BERNAMA |
Saturday, March 26, 2011
TUDUHAN PEMBANGKANG SEMATA-MATA UNTUK DAPAT UNDI.
Label:
PRN SARAWAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment