Twitter, Facebook dekatkan pemimpin dengan rakyat Oleh Saufi Hamzah bhnews@bharian.com.my 2011/03/26 PPUBJ : UNTUK BERJUMPA DENGAN BEGITU RAMAI TENTU SUKAR, JADI KITA JUMPA DI ALAM MAYA, BOLEH JUGA KITA BERKOMUNIKASI DENGAN PEMIMPIN. TAHNIAH DSN. KEPADA YANG BELUM DDAN TAK UP DATE TU BILA NAK BUAT....TAK KAN LAH HABIS PRU 13 BARU SEDAR DIRI KOT ? KINI bukan lagi rahsia apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin gemar melayari laman web sosial Facebook dan Twitter. Kegemaran itu jelas membara kerana beliau teruja menjawab sebarang pertanyaan dan cadangan yang dikemukakan dalam kedua-dua laman sosial berkenaan. Perdana Menteri adalah seorang daripada jutaan manusia di seluruh dunia terpanggil untuk menyertai rangkaian laman web sosial bagi berhubung dengan orang ramai terutama rakyat Malaysia dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara generasi baru dan lama. Pada pertemuan program ‘Mari Berjumpa Mari Berhubung’ di bangunan lama Dewan Undangan Negeri di Kuching, baru-baru ini, rakan Facebook beliau menyambut ketibaannya dengan penuh rasa mesra. Facebook dengan lebih 350 juta pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di seluruh dunia dan sebagai ahli politik berpengalaman, Najib berusaha melayani peminat kerana yakin ia adalah pendekatan paling berkesan untuk berhubung dengan rakyat Malaysia. Lantaran itu, pemimpin negara digesa menggunakan jaringan sosial terkemuka dunia, Facebook sebagai medan untuk mendekati hati rakyat bagi mengetahui masalah yang dihadapi mereka. Pengarah Pembangunan Pemasaran Facebook, Randi Zuckerberg, dipetik berkata melalui jaringan sosial itu juga, pemimpin dapat berkomunikasi dengan rakyat, selain mendengar pandangan mereka untuk pembangunan negara. “Saya amat gembira apabila mendapat tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga adalah pengguna Facebook. Selain beliau (Najib), Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy antara pemimpin yang turut menggunakan Facebook, termasuk bagi menjawab pandangan yang dikemukakan berhubung sesuatu isu,” katanya. Lebih 3.5 juta rakyat Malaysia meluangkan masa hampir sejam untuk berkomunikasi bersama rakan selain berkongsi pandangan serta berusaha mendapatkan maklumat penting. Jika Najib sudah menunjukkan contoh kepimpinan yang baik, sampai masanya semua pemimpin termasuk menteri Kabinet menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendekati pengundi dan rakyat di tempat mereka. Oleh itu, sesiapa saja yang bergelar pemimpin atau pun mungkin yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin, harus memikirkan adakah mereka sanggup untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira masa, waktu dan tempat. Paling penting juga ialah adakah pemimpin zaman sekarang sedar bahawa pelbagai kaedah dan pendekatan boleh digunakan bagi memudahkan mereka mendekati rakyat, menyelami hati mereka dan menyelesaikan segala permasalahan yang dibangkitkan. Dalam era kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi dewasa ini, pemimpin tidak boleh menafikan manfaat dan faedah laman sosial yang mempengaruhi segenap lapisan umur dan masyarakat. Sememangnya adalah penting bagi semua pemimpin negara berupaya untuk berhubung dengan rakyat menerusi segala pendekatan yang sesuai. Tentu sekali perkembangan teknologi dan rangkaian laman sosial menerusi internet, membolehkan generasi muda untuk berhubung dengan pemimpin mereka secara online. “Sebagai pemimpin negara, saya mesti menggunakan apa saja kaedah yang sesuai dengan zaman ini, jadi saya boleh berhubung dengan orang ramai secara terus,” katanya. Najib berkata, perjumpaan yang diadakan bersama rakan Facebook itu adalah contoh terbaik memandangkan perhubungan alam maya diterjemahkan kepada secara bersemuka. Raut wajah beliau begitu ceria dan sentiasa tersenyum apabila berjabat tangan dengan rakan Facebook beliau. Tidak dinafikan peluang terbaik untuk Perdana Menteri digunakan sepenuhnya kerana secara peribadi Najib mahu berjumpa seberapa ramai orang yang mungkin memandangkan dirinya percaya terhadap perhubungan terus dan online. Ketulusan hati dan keikhlasan Perdana Menteri terserlah apabila menjawab secara jujur pertanyaan yang dikemukakan hadirin. Berikutan itu, tidak hairanlah banyak permintaan dibuat menerusi Twitter dan Facebook supaya beliau mengadakan perjumpaan yang sama di negeri lain. Kira-kira 250 rakan Facebook Najib hadir pada perjumpaan di Kuching, iaitu yang pertama di luar Putrajaya. Dalam perjumpaan pertama, kira-kira 500 orang hadir dan 600 orang hadir pada perjumpaan kedua. Keprihatinan Perdana Menteri memikat rakan Facebook beliau. Malah beliau melahirkan keyakinan bahawa orang ramai boleh memutuskan apakah bentuk kerajaan yang mereka mahu. Sehingga ketika dan saat ini, Perdana Menteri begitu gembira kerana mempunyai jumlah rakan laman sosial yang ramai. Beliau berkata, jumlah orang yang menjadi rakan secara online meningkat dari hari ke hari. Jumlah terkini rakan Facebook Najib kini seramai 590,000 orang dan 90,000 menerusi Twitter. Beliau sendiri mengemas kini akaun Twitternya pada lewat malam dengan menggunakan iPad. Malah beliau sempat menjenguk kandungan Facebook dan Twitter di antara mesyuarat atau ketika dalam perjalanan. “Saya boleh pastikan bahawa saya cuba membaca seberapa banyak komen Facebook dan Twitter, jadi saya boleh berhubung dengan belia zaman sekarang,” katanya. Bagi beliau, komen yang diterima membolehkannya menyelami perasaan golongan itu berkaitan beberapa isu, apakah hala tuju negara dan apakah masalah yang sedang mereka hadapi selain membolehkan orang ramai membuat cadangan yang boleh dipertimbangkan berdasarkan bajet negara. Malah janji Perdana Menteri untuk memperluaskan program Mari Berjumpa Mari Berhubung sedang digiatkan bagi membolehkan beliau bertukar-tukar fikiran dan lebih kerap bersemuka serta bertemu dengan rakan Facebook dan pengikut Twitternya di seluruh negara. Secara tidak langsung slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan tampak semakin berakar umbi dalam jiwa dan sanubari rakyat Malaysia yang mahukan rintihan mereka didengar. Lebih bertuah, semua itu mendapat perhatian terus daripada seorang pemimpin tertinggi negara yang mahukan rakyat yang dipimpinnya mudah berhubung dan tiada tembok pemisah di antara mereka. |
Saturday, March 26, 2011
Twitter, Facebook dekatkan pemimpin dengan rakyat
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment