Monday, March 7, 2011

UMNO, BN perlu kaedah baru tarik pengundi

PPUBJ : Keadah baru diperlukan kerana keadah lama tidak beri 'advantage' kepada parti sewaktu pilihanraya kecil atau umum.Walaupun ada potfolio pengundi luar diwujudkan tetapi dari segi penyelarasan dan maklumat masih lagi ada kekurangan.Kini semakin ramai pengundi yang menetap di luar daerah.

KUALA KRAU 6 Mac - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mencari kaedah baru bagi menarik pengundi yang berdaftar di tempat asal mereka tetapi berada di perantauan supaya pulang mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis berkata, kebanyakan anak perantau terdiri daripada golongan muda yang perlu diberi perhatian kerana mereka mempunyai hak memilih pemimpin pada setiap pilihan raya.

Menurutnya, pendekatan mesra pengundi luar perlu dilaksanakan segera kerana ramai yang berdaftar sebagai pemilih di kampung asal dan akan balik mengundi pada pilihan raya nanti.

"Rekod pendaftaran pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenaraikan anak-anak peneroka dan orang kampung yang berhijrah bekerja di bandar tetapi mengundi di kampung atau tempat tinggal asal mereka.

"Sumbangan anak perantau sangat berharga kerana konsep satu undi sangat berharga dan boleh menjadi undi penentu bagi menambah majoriti,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Felda Jengka 23 di sini hari ini.

Jamaludin yang juga Duta Malaysia ke Amerika Syarikat berkata, penggunaan media baru adalah relevan untuk bertanya khabar golongan terbabit dan perlu dilakukan setiap masa tanpa menunggu musim pilihan raya sahaja.

Katanya, langkah tersebut boleh dilakukan oleh UMNO Bahagian masing-masing dengan mewujudkan jawatankuasa tertentu supaya langkah sedemikian mencapai matlamatnya.

Jelasnya, kebanyakan tanah rancangan Felda dihuni oleh warga emas dan kanak-kanak kecil sedangkan golongan muda berhijrah dengan bekerja dalam pelbagai sektor.

"Golongan itu akan pulang ke kampung setiap hujung minggu untuk melihat anak-anak yang tinggal bersama ibu bapa mereka dan bersekolah di situ," katanya.

Beliau turut menggesa cawangan UMNO lebih agresif menarik golongan muda semua peringkat umur supaya menjadi ahli UMNO yang terbukti memberi kebaikan dan manfaat kepada rakyat.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]