Thursday, April 14, 2011

72 JAM YANG MENDEBARKAN BUAT PRN SARAWAK.

Semua mata, telinga dan akal kini bertumpu di Sarawak dalam tempoh 72 jam lagi. Siapakah yang bakal menubuhkan kerajaan negeri selepas PRN Ke 10 2011. BN atau Pembangkang. Sehingga saat ini kedua-dua pihak masih meneruskan kempen dan strategi masing-masing bagi memujuk dan mempengaruhi pengundi agar memilih parti mereka bagi memastikan kemenangan. Tidak kurang hebat juga dengan calon parti bebas.

Setakat ini kedua-dua pihak masih memberikan keyakinan bahawa mereka yang terbaik. Pembangkang dilihat kali ini kekurangan isu-isu besar yang dapat diputar bagi mempengaruhi pengundi. Jadi serangan serangan banyak bertumpu kepada isu-kepimpinan dalaman PBB, Tanah NCR, peribadi calon. Apabila mereka kehabisan modal berkempen maka tomahan dan fitnah mula disebarkan. Malangnya senario politik Sarawak amat berlawanan sekali dengan strategi pembangkang.

BN saperti biasa dengan track rekodnya mahukan mandat baru bagi meneruskan pembangunan di seluruh Sarawak bagi semua suku kaum agar tidak ada yang tertinggal. Malah pembangunan yang rancak sekarang banyak beri manfaat kepada rakyat atas dasar "Rakyat Didahulukan" Segala tomahan dijawab dengan sabar dan berhemah demi menjaga perasaan etnik di Sarawak. BN yang telah lama berkongsi kuasa sentiasa mengamalkan kaedah berbincang.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]