Thursday, April 21, 2011

APA PANDANGAN ANDA TENTANG INI ?

Lawatan Anwar Ke London Timbul Banyak Persoalan

AIDCNews – 19/04/11 -Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London telah menimbulkan pelbagai persoalan kerana tidak seperti lawatan sebelumnya, kali ini tidak dinyatakan secara spesifik matlamat lawatan tersebut.
Tambahan pula lawatan itu tidak ditemani oleh isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mahupun anak-anaknya.
Anwar bertolak ke London pada malam 15 April (malam sebelum pengundian di Sarawak) menaiki MH 2357 dan turut difahamkan baru semalam (18 April) bertolak dari London ke Osaka, Jepun untuk menghadiri program bersama penajanya The Nippon Foundation dan The Sasakawa Peace Foundation (SPF). Klik di sini.
Bermakna Anwar menghabiskan masa sekurang-kurang dua hari di Eropah dengan objektif yang tidak diberitahu kepada umum.
Sebelum ke London, difahamkan Anwar turut transit sementara di Dubai.
Menurut myspace.com/aicassociates, Dubai merupakan salah satu pejabat Anwar Ibrahim, selain Kuala Lumpur dan Washington di bawah badan yang dinamakan Anwar Ibrahim Counsulting Associates (AICA). Klik di sini
Bekas inner circle Anwar (yang tidak perlu disebut namanya) yang pernah melawat pejabat Anwar di Dubai menyebut salah seorang pekerjanya di Dubai adalah gay, namun tidak dapat dipastikan sejauhmanakah kebenaran dakwaan tersebut.


Dalam twitternya, Anwar mengakui beliau melakukan lawatan singkat ke London yang ditweet kepada dua orang kenalannya @AlyKhorshid dan @drcolinfu.
Siapa @AlyKhorshid & @drcolinfu ?
Sudah terdapat misi penting Anwar ke London selain daripada semata-mata untuk membincangkan perkembangan mutakhir di Libya dengan Dr. Anas Sheikh-Ali, Pengarah dan Penasihat Akademik, Pejabat IIIT London.

Tambahan pula @AlyKhorshid dan @drcolinfu turut mengajak Anwar untuk bersama-sama minum kopi di London juga menimbulkan persoalan.

Adakah mereka sebelum ini sudah berkenalan lama ? Siapa @AlyKhorshid dan @drcolinfu ?
@AlyKhorshid adalah twitter milik Dr Aly Khorshid, yang bekerja sebagai Islamic finance Consultant & Shari’ah Scholar, Elite Horizon Economic Consultancy, London. Klik di sini
Dr Aly juga merupakan penasihat kanan di al-Baraka Islamic Bank yang juga mempunyai kaitan dengan Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim dilantik independent non-executive director, Albaraka Banking Group (ABG) sejak Mac 2006, ketika beliau masih menetap di Amerika Syarikat dengan menjadi pensyarah pelawat di Centre for Muslim-Christian Understanding, Universiti Georgetown, Washington D.C.
Menurut laman historycommons.org, (yang dipercayai sumber maklumat dari FBI), Sulaiman Abdul Aziz al-Rajhi yang merupakan pemilik the Al-Rajhi Banking & Investment Corp dan pemegang saham dalam Albaraka Banking Group adalah tokoh yang menubuhkan SAAR Corporation/Network yang menjadi penaja utama IIIT, organsisasi yang diasaskan Anwar yang berpusat di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat. Klik di sini
@drcolinfu pula adalah twitter milik Dr Colin Fu, adalah penyelidik di beberapa syarikat penyelidikan besar, termasuk Intel Corporations. Klik di sini
Ketika ditanya rakan mayanya adakah beliau seorang gay, Dr Colin menafikan, beliau mengatakan dirinya adalah lelaki straight, namun beliau juga mempunyai rakan-rakan rapat di kalangan gay yang boleh disyorkan kepada sesiapa yang berminat. Klik di sini
Dilihat di 111 Harley Street, London ?
Paling mengejutkan apabila The Unspinners dan bigdogdotcom [klik di sini] melaporkan rakan-rakan mereka di London memberitahu Anwar turut dilihat di 111 Harley Street, London yang terkenal dengan klinik pembedahan kosmetik.
“Rakan kami di London baru memberitahu kami Anwar Ibrahim telah melawat 111, Harley Street. Apa helah Anwar untuk pergi ke sebuah klinik exclusive untuk cosmetic surgery?
“Adakah dia mahu mengubah wajahnya supaya apabila video terdedah, dia boleh kelentong satu dunia bahawa itu bukan dia kerana entah kerut mana di muka yang telah diubah?
“Atau pun dia sedang usahakan perut dia supaya hilang lipatan kulit yang memberi efek boroi”, lapor The Unspinners. Klik di sini
Sudah tentu laporan sebegini menimbulkan perasaan ingin tahu di kalangan blogger-blogger lain, yang mula tertanya-tanya, benarkah Anwar berada di London untuk tujuan itu ?
Sudah tentu lawatan singkat yang tergesa-gesa ke London tanpa dimaklumkan matlamatnya akan menimbulkan pelbagai persoalan.
Sehinggakan ada yang mula bertanya penting sangatkah berbincang berkenaan dengan isu Libya di London, sehingga Ketua Umum PKR sanggup melakukan lawatan singkat ke sana ?
Atau perbincangan berkenaan dengan isu Libya sekadar untuk alasan di twitter bagi menutup misi lain yang lebih penting ?
Kalau tidak ada keperluan mendesak, tidak mungkin Anwar akan melakukan lawatan singkat ke London.
Apakah keperluan mendesak itu ?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]