Monday, April 11, 2011

Bukan luar biasa saya bantu kempen BN di Sarawak – Najib


Bukan luar biasa saya bantu kempen BN di Sarawak – Najib

Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di Sarawak sehingga Jumaat ini turut dijadikan modal politik pembankang dalam pilihan raya negeri tersebut.

Kononnya Barisan Nasional (BN) terdesak dan tertekan justru itu Najib buat keputusan meluangkan masa selama enam hari bagi membantu kempen BN Sarawak mempertahankan negeri itu.

Mengulas isu itu, Najib selaku Pengerusi BN itu menjelaskan, beliau hanya menjalankan tugas membantu siri kempen menjelang hari pengundian Sabtu ini.

“Saya rasakan ia menjadi tanggungjawab saya untuk pergi menemui akar umbi apabila ada pilihan raya kecil atau pilihan raya negeri. Jadi, apa yang saya lakukan ini bukan sesuatu luar biasa.

“Dan, Sarawak juga sebuah negeri yang besar, ada 71 kerusi. Jadi, walaupun kita hendak pergi ke beberapa kawasan, kita memerlukan beberapa hari disebabkan (faktor) jarak,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan 1Malaysia Cardiff City Junior Football League di Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh, Ahad.

Najib tiba di Kuching lewat petang ini.

Sebelum ini ada pihak melihat BN berhadapan tekanan hebat daripada pembangkang khususnya di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina di mana pengundi-pengundi dilihat sudah mula menerima agenda “undi untuk perubahan” yang dibawa pembangkang.

Malah, kempen BN juga dikatakan dibayangi laporan-laporan dan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud — Ketua Menteri Sarawak paling lama memegang jawatan.

Ini kali pertama sejak 1987, Sarawak menyaksikan persaingan bagi semua 71 kerusi yang dipertandingkan. - 10/4/2011

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]