Thursday, April 21, 2011

E-MAIL 1 MALAYSIA : ANTARA SILAP TEMBAK DAN CEMBURU ?

emailen440Sewaktu kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR tidak lama dulu meluluskan RM15 juta dalam Bajet 2010 untuk ‘ perang’ maklumat dengan Barisan Nasional tidak ada langsung pembangkang yang berbunyi kata ia satu pembaziran wang rakyat.

Sebaliknya ketika pengumuman mengenai projek E-mel 1Malaysia pembangkang khususnya Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng sudah melompat tinggi langit menjerit dakwa ia membazir dan nak dijadikan alat oleh kerajaan untuk kepentingannya.
Sedangkan pembangkang nyata salah tembak.Tidak ada langsung wang rakyat digunakan seperti dilakukan oleh kerajaan Selangor.
Sewaktu ditanya wartawan mengenai kontroversi cuba dibangkitkan pembangkang mengenai projek e-mel 1Malaysia,Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak  berkata bahawa projek e-mel 1Malaysia yang diumumkan Selasa adalah inisiatif sepenuh sektor swasta dan tidak membabitkan sektor awam.

"(Penyertaan) secara sukarela dan jika tidak mahu (turut) serta jangan sertai," katanya dalam siding akhbar selepas melancarkan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Kompleks Sukan negeri Perak di Ipoh Rabu.

Beliau menjelaskan bahawa projek itu telah dinilai oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan atau PEMANDU dan diumumkan sebagai salah satu projek daripada tujuh projek baru Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Di bawah inisiatif berkenaan, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu akaun e-mel rasmi yang unik.
 Semasa mengumumkannya, Najib berkata insiatif e-mel 1MY itu akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat antara rakyat Malaysia dan kerajaan dan juga meningkatkan perkhidmatan penyampaian kerajaan kepada pengguna dan ahli  perniagaan.

Tricubes Bhd akan mempelopori pelaburan RM50 juta itu yang juga termasuk pembangunan sebuah laman portal, akaun e-emel bagi semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, sebuah pusat sehenti bagi perkhidmatan kerajaan, penyediaan khidmat tambah nilai seperti rangkaian sosial, semakan bil dalam talian dan juga pembayaran, sebagai tambahan kepada set peralatan pembangunan web untuk warganegara dan entiti perniagaan bagi membangunkan aplikasi secara kreatif.

Pengumuman projek berkenaan bagaimanapun mendapat reaksi negatif dan tidak puas hati pelbagai pihak terutama daripada pemimpin pembangkang yang mempertikai kedudukan syarikat berkenaan dan juga penggunaan dana kerajaan.

PEMANDU juga pada Selasa telah memberi penjelasan bahawa kerajaan tidak membiayai projek akaun e-mel 1 Malaysia dan ia juga bukan sesuatu yang diwajibkan kepada rakyat.

"Alamat e-mel 1Malaysia bukan wajib bagi kesemua rakyat Malaysia. E-mel 1Malaysia adalah inisiatif diterajui swasta, oleh Tricubes (Berhad), dengan pelaburan daripada syarikat dan bukannya kerajaan," kata PEMANDU.-20/4/2011

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]