Rabu, 6 April 2011PAS MOHON MAAFPAS Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung kematian seorang pelajar berusia tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini. Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada para guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian. "Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti," katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini Selasa. Hashim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang menambah, PAS Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit. Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus'sele Eizan pula berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar. Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang. "Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tingg Saya maafkan dia ARAU – Bapa angkat pelajar mati didera, mengakui telah memaafkan perbuatan warden asrama, Sekolah Rendah Islam Al Furqan, Jejawi yang dikatakan mendera anaknya, Syazani Saiful, 7 sehingga mati. Mohd Zamri Shafie, 40 bagaimanapun meluahkan rasa kesal dengan kejadian tersebut yang dianggap tidak sepatutnya berlaku di sebuah sekolah yang merupakan pusat pendidikan dan perkembangan ilmu. “Saya sudah memaafkan guru terbabit bagaimanapun, kesal dengan tindakan beliau yang sanggup memperlakukan anak saya sedemikian. “Saya sebelum ini sudah beberapa kali bertemu dengan guru tersebut dan belia adalah seorang guru yang sangat baik. Jadi apa yang berlaku sangat mengecewakan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Hutan Buluh, Jejawi, di sini semalam. Mohd Zamri yang juga bekerja di sebuah kilang di sini berkata, tujuan utama beliau menghantar anaknya ke sekolah agama terbabit adalah bagi memberi pendidikan dalam bidang agama terutama dari segi hafazan dan al-Quran. “Tujuan saya hantar anak ke situ untuk diberi penekanan yang lebih terutama dalam pelajaran agama Islam dan bacaan al-Quran kerana Syazani pandai baca al-Quran dan suaranya juga sangat merdu. |
Wednesday, April 6, 2011
INIKAH AJARAN PAS KEPADA PENGIKUTNYA ?
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment