Thursday, April 21, 2011

Kelantan akui Pusat salur RM520 juta

Kelantan akui Pusat salur RM520 juta
Oleh Anwar Hussin
anwarhussin@bharian.com.my
2011/04/21
Pinjaman bina prasarana tingkat bekalan air

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan mengakui sudah menerima pinjaman sebanyak RM520 juta daripada Kerajaan Pusat untuk pembinaan prasarana bekalan air di Kelantan, tetapi mendakwa ia masih belum mencukupi untuk menyelesaikan masalah air bersih di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md Anizam Abdul Rahman, berkata pinjaman diberi Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) juga tidak mencukupi.
Beliau berkata, kerajaan negeri dinafikan hak membuat pinjaman selama 11 tahun daripada 1990 hingga 2001, menyebabkan Kelantan mundur berbanding negeri lain dan menimbulkan masalah termasuk isu air bersih.

“Di bawah RMKe-10 Kerajaan Pusat hanya meluluskan pinjaman RM96 juta daripada RM300 juta yang dipohon kerajaan negeri.

“Ini tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah yang timbul,” katanya selepas mesyuarat EXCO kerajaan negeri, di Kota Darulnaim, semalam.

Masalah bekalan air di negeri itu bukan isu baru dan ia berlarutan sejak 21 tahun lalu biarpun Kerajaan Pusat memberikan bantuan RM520 juta kepada Kelantan.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan tahun lalu, Md Anizam berkata liputan air bersih yang sepenuhnya bakal dinikmati rakyat Kelantan selewat-lewatnya pada 2027.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin memberi jaminan menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu dalam tempoh satu penggal atau lima tahun jika Barisan Nasional (BN) diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Ketika ditanya, sama ada terdapat memorandum diserahkan kepada Menteri Besar daripada kakitangan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berhubung ketidakpuasan hati terhadap kepemimpinan tertinggi AKSB, Md Anizam mengakuinya ada.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]