DAP SAYANG KASTAM ! MENGAPA ?Sejak akhir-akhir ini DAP sering menyerang pihak SPRM kerana bertindak keterlaluan. Dalam masa yang sama mereka seolah-olah membela pihak Kastam yang menyebabkan duit kerajaan hilang berbilion-bilion. Apakah kaitan DAP dengan pihak kastam? Kenapa DAP terlalu marah kepada SPRM kerana telah menangkap seramai 62 pegawai kastam. Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor’ yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram. Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor. Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat. “Kami percaya mereka mengambil suapan secara individu dan bukannya didalangi sindiket tertentu. “Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,’’ katanya. DAP kononnya untuk mempertahankan pegawai kastam dari dianiayai oleh Suruhanjaya Pencecah Rasuah Malaysia (SPRM) Pelabuhan memang terkenal dengan perniagaan fowarding agen iaitu agen mengangkut barang-barang dari luar Malaysia ke Luar negara atau sebaliknya. Pihak agen ini majoriti adalah penyokong kuat parti DAP. Meereka juga menjadi pembiaya kepada pergerakkan parti politik DAP. Dianggarkan DAP mendapat sumbangan dari pihak agen ini hingga puluhan juta dari mana datangnya duit ini kalau tidak dari duit yang dilarikan cukai. Sepatutnya cukai dibayar kepada kerajaan Malaysia, disebabkan pegawai kastam sebegini mereka hanya membayar sedikit sahaja kepada pegawai tersebut yang selebihnya dimasukkan dalam kantung mereka. Apabila pegawai-pegawai ini telah ditahan maka duit mereka juga terjejas, macama mana tak mengamuk sakan!! Pengundisetiasungairapat. |
Sunday, April 10, 2011
MENGAPA DAP SALAHKAN SPRM ?
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment