Thursday, April 21, 2011

PEMBAHAGIAN YANG ADIL.

Tiada Satu Kaum Di Malaysia Boleh Mendapat Semua Yang Dikehendaki


MUKAH, 15 April – Dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, tiada satu kaum pun boleh mendapat 100 peratus hak mereka dipenuhi, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita mesti menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mendapat semua kehendak kita dipenuhi. Kita perlu mengorbankan hak kita untuk menampung permintaan orang lain bagi mewujudkan masyarakat yang aman damai dan stabil untuk memacu pembangunan lebih pesat, maju dan makmur,” kata Dr Mahathir semasa berucap dalam satu program “Berambeh Jegem” di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan SriRagad Kurdi Taib serta kira-kira 3,000 orang yang berhimpun di sebuah hotel disini untuk mendengar ucapan bekas pemimpin utama Malaysia.
Taib akan mempertahankan kerusi Balingian pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 esok.
Dalam ucapannya, Dr Mahathir bercakap panjang mengenai pentingnya sebuah kerajaan yang kukuh, hebat dan bertanggungjawab untuk mewujudkan peluang perniagaan yang membolehkan orang ramai mendapat pendapatan tetap dan menikmatitaraf kehidupan lebih baik.
“Inilah yang dilakukan dan menjadi dasar kerajaan Malaysia di bawah perdana menteri sebelum ini Tunku Abdul Rahman AlHaj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, saya sendiri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata beliau.
Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sarawak supaya berpengetahuan luas dan bijak melaksanakan hak demokratik mereka untuk memastikan keamanan, perpaduan dan keharmonian tersebar luas di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau mengingatkan rakyat Malaysia mengelakkan diri daripada bersikap konfrontasi dan sebaliknya hendaklah bertoleransi dan akomodatif seiring dengan hasrat negara menjadi sebuah negara maju.
Dr Mahathir turut memuji kepimpinan Najib, dan menyatakan bahawa beliau mempunyai keyakinan terhadap Perdana Menteri.
Negarawan itu berkata Najib sepatutnya mendapat sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia tidak mengira kaum, fahaman agama dan kepercayaan.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]