Thursday, April 21, 2011

PUAK ERDOGAN BAKAL MENERAJUI PAS ?


Ketika Parti2 politik tanah air sedang sibuk mengatur persiapan menjelang PRN Sarawak minggu hadapan, PAS pula mengambil pendekatan berbeza dengan perancangan rapi untuk berhadapan dengan Peperangan Politik Dalaman parti yang semakin panas.

Lebih mengejutkan, belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai status Ustaz Nasharuddin Mat Isa untuk berundur dari jawatan Timbalan Presiden, masing2 yang kepingan sudah mula menawarkan diri, melobi sana sini bagi bertarung nyawa merampas jawatan tersebut. Ustaz Nasha menganggap ini merupakan Politik Baru yang telah meresap ke dalam Parti yang dinyatakan secara jelas menghina perjuangan Islam.


Beliau yang sebelum ini acap kali dikatakan membawa jiwa UMNO ke dalam PAS, hari ini kelihatan sebaliknya. Politik cantas mencantas yang dikaitkan oleh UMNO kini 10 kali ganda lebih dahsyat apabila dilihat di dalam PAS. Pemimpin yang membawa budaya2 sebegini seperti Husam Musa dan Khalid Samad kelihatan seolah2 kelam kabut mencantas beliau tanpa rasa hormat terhadap pemimpin No.2 ini. Adakah ini pegangan yang dijulang oleh PAS?


Beliau mengenalpasti terdapat beberapa Pemimpin telah diasah sehingga tajam oleh Pemimpin Idola mereka di luar PAS sebelum disebarkan ke dalam Parti. Cara berpolitik ini bukan sekadar mencantas, malah ditikam sehingga 'mati' karier politik individu2 yang dilihat cuba menggagalkan strategi jahat masa depan. Pemimpin Idola mereka ini sememangnya bijak dalam budaya politik menikam bukan sahaja di kalangan musuh, malah sahabat sendiri ditarah lebih dahsyat. Tidak mustahil bagi beliau akan ada gelaran Fir'aun2 kecil yang semakin gagah dan bongkak memberi arahan agar Puak PAS Pro Ulama' ditekan.


Ustaz Hadi sebagai Presiden langsung tidak dibenarkan memberi liputan media2 cetak Pakatan kerana tidak mahu sebarang kenyataan menyeleweng. Media Disekat?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]