Azmin lebih lemah berbanding Shamsidar KUALA LUMPUR 27 April - Azmin Ali bukan sekadar tidak mempunyai ketahanan politik seperti mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tetapi, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga lebih lemah berbanding isterinya sendiri, Shamsidar Taharin. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Shamsidar yang berhadapan dengan tuduhan jauh lebih berat tidak pernah melenting seperti Azmin tetapi Timbalan Presiden PKR itu yang hanya berdepan dengan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, boleh mengeluarkan kenyataan biadab. "Benar Azmin tiada ketahanan politik dan kini sedang berada dalam keadaan yang amat tertekan kerana dia seorang pemimpin yang lemah. Namun, sebenarnya dia jauh lebih lemah berbanding isterinya sendiri kerana Shamsidar masih boleh tenang meskipun berdepan dengan tuduhan memalukan. "Secara logiknya, Shamsidar yang sepatutnya berada dalam keadaan tertekan, apatah lagi dia bukan ahli politik tetapi nampaknya Azmin yang begitu beremosi hingga terlalu mudah untuk melatah biarpun terhadap isu kecil," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mustafa yang menyifatkan Azmin sebagai pemimpin yang tidak mempunyai ketahanan politik seperti Anwar dan Wan Azizah meskipun berkedudukan selaku orang nombor dua dalam PKR. Dalam pada itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Azmin sejak dahulu lagi sudah diakui sebagai pemimpin lemah tetapi beliau bernasib baik kerana menjadi 'anak emas' Anwar sehingga membolehkan Ahli Parlimen Gombak itu mendaki hierarki dalam PKR. Katanya, perkara itu memang sudah menjadi rahsia umum dan ia paling ketara pada pemilihan PKR tahun lalu apabila Anwar secara terbuka mengarahkan semua perwakilan supaya menyokong Azmin sehingga memaksa, bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti. "Azmin berada dalam keadaan yang cukup tertekan kerana sedar bahawa nyawa politik Anwar yang selama ini menjadi tempat dia bergantung sudah berada dihujung jalan. Ini akan menyebabkan kedudukan beliau dalam PKR berada dalam kedudukan bahaya. "Tanpa Anwar, Azmin tiada masa depan dalam politik. Tanpa sokongan Anwar, Azmin boleh 'dikorbankan' dengan mudah oleh kumpulan yang menentangnya dalam PKR," katanya. |
Thursday, April 28, 2011
SHAMSIDAR WAJAR GANTI AZMIN
Label:
PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment