Tuesday, April 12, 2011

Tian Chua & PAS Kena Halau di Miri ?




AIDCNews – 11/04/11 – “Kita dah melanggar adat budaya kita sendiri, tatasusila agama kita..minta maaf, cari kata tempat lain, kat padang mana (ke). Ini orang, tuan rumah ini nak merapatkan silatulrahim, bukan nak memecahbelahkan orang, dalam Islam pun tak suruh, minta maaf ye”, kata wakil kampung di sebuah kampung Melayu di Miri, Sarawak kepada wakil PAS yang mahu mengadakan ceramah di kawasan itu.
Delegasi PAS itu dipercayai turut membawa Tian Chua yang berceramah di situ terpaksa membatalkan ceramahnya kerana tidak mendapat kebenaran daripada orang kampung.
AIDCNews turut difahamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga terpaksa membatalkan dua ceramahnya di Sarawak kerana kekurangan pendengar. Dilaporkan hanya 20 orang hadir dalam ceramah yang menggunakan nama Anwar, menyebabkan Ketua Umum PKR itu terpaksa membatalkan kehadiran pada saat-saat akhir.
Turut difahamkan PAS dan DAP Sarawak berusaha mengelak membawa Anwar ke pentas ceramah mereka, kerana dibimbangi akan menjadi faktor liabiliti dengan isu skandal seks yang dihadapinya sekarang, menyebabkan Ketua Umum PKR itu terpaksa bergerak di atas flatformnya sendiri, iaitu PKR.
Berbeza sebelum PRU 12, PAS dan DAP berlumba-lumba membawa Anwar ke pentas mereka sebagai faktor daya penarik untuk menarik penonton ceramah

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]