Nik Aziz diminta berkata benar tentang Anwar Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu "berkata benar walaupun pahit" berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan "seseorang yang ternama". ![]() Mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan "tak masuk syurga tuduh Anwar" terbabit dalam video seks berkenaan, Muhyiddin berkata: "(Ini) fatwa baru dia (Nik Aziz), saya fikir Nik Aziz biasa(nya) begitulah, dia menjawab lebih kepada bahasa politik bukan kepada hukum," katanya. Muhyiddin berkata apa yang penting ketika ini ialah mencari kebenaran berhubung isu video seks berkenaan bagi mengelak sebarang fitnah dan tohmahan. ![]() Menjawab soalan berkenaan kenyataan Nik Aziz sekalipun polis mengesahkan bahawa pakar-pakar asing menyatakan bahawa video seks itu tulen, Muhyiddin berkata: "Nik Aziz mudah saja, tak ada jalan, cari pada hukum, memang kita faham apa hukum, tetapi ini soal yang besar, yang pasti penting bagi pihak kita cari jalan setidak-tidaknya cari jalan, beri, cari bukti yang sah, bukti fakta sebenar untuk elak tohmahan, fitnah dan sebagainya," kata Muhyiddin. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar semalam berkata rakaman video seks membabitkan pelaku mirip Anwar telah disahkan tulen oleh pakar pengimejan video dari luar negara. --Bernama |
Sunday, May 15, 2011
DAPATKAH NIK AZIZ BERKATA BENAR MENGENAI ANWAR?
Label:
UMUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment