Sunday, May 8, 2011

FOKUS PADA TUGAS....

Fokus daftar pengundi, jangan sibuk bila PRU


PEMUDA UMNO tidak perlu terlalu ghairah memikirkan tarikh PRU ke-13 tetapi sebaliknya lebih memberi fokus untuk menarik seberapa ramai mungkin pengundi baru, kata Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim. Menurut beliau, kejayaan Barisan Nasional (BN) memperoleh kerusi parlimen melebihi dua pertiga pada pilihan raya umum (PRU) ke-10, 2004 tidak mustahil akan berulang jika rakyat bijak memilih parti yang layak memerintah negara. Beliau berkata pada pilihan raya itu BN memenangi 198 daripada 219 kerusi parlimen dan merupakan majoriti terbesar sejak tahun 1978. Katanya mengikut trek rekod sebelum ini dan transformasi yang dibawa kerajaan BN sepatutnya menggambarkan kredibiliti parti itu. "Justeru, kalau kita timbang dengan suasana penuh tenang dan tidak mengikut perasaan, saya yakin di Malaysia ini tiada parti lain yang boleh menjaga negara kita selain BN," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno bahagian Selayang dekat sini. Razali berkata sungguhpun memerintah dengan majoriti mudah yang kini menjadi trend di beberapa negara seperti di United Kingdom dan Australia, namun di Malaysia pemerintah yang cekap harus mempunyai suara dua pertiga di parlimen.-8/5/201

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]