Thursday, May 19, 2011

MENGAPA TERJADI BEGINI ?

PANAS : MENGAPA ANWAR MASIH DIKEKALKAN SBG KETUA PEMBANGKANG WALAUPUN DLM PENJARA..

Lihatlah bagaimana pentingnya orang yang bernama Anwar Ibrahim dalam pakatan haram terutamanya bagi DAP.  Tidak kira dimana Anwar berada, di parlimen, di penjara ataupun di dalam bilik hotel. Dengan menggunakan namanya sahaja cudah cukup bagi DAP untuk memenuhi kehendak Agenda mereka iaitu memecahbelahkan orang Melayu
Adakah PAS bersetuju dengan pengekalan Anwar sebagai ketua pembangkang seperti yang dinyatakan oleh Guan Eng dan adakah pemimpin-pemimpin PAS tidak kisah untuk mengangkat Anwar sebagai pemimpn walaupun tahu dengan masalah seksnya yang luar biasa??

BEGITU pentingnya Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada DAP hinggakan kalau beliau dipenjara sekalipun jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen tetap milik beliau. Kalau ikut kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng 'comfirm' bahawa Anwar akan tetap kekal sebagai ketua pembangkang walaupun Isnin lalu telah diarahkan membela diri oleh mahkamah kerana kes liwat kedua.
“Kami tidak akan menggantikan ketua pembangkang selagi beliau ahli parlimen,” kata Lim Guan Eng. Bagi DAP dan perjuangannya, barangkali moral pemimpin bukan isu penting, tapi bagaimana pula dengan PAS, kerana bagi orang Melayu soal akhlak pemimpin adalah perkara penting.

Menurut Lim, walaupun Anwar dipenjarakan atas tuduhan liwat, beliau masih mempunyai peluang untuk mengemukakan rayuan. “Beliau tidak hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen hanya kerana beliau dipenjarakan. Sama seperti saya ketika saya dipenjarakan, saya masih Ahli Parlimen. Saya masih Ahli Parlimen sehingga rayuan saya diterima.

“Jadi jika anda akan dipenjarakan, anda boleh mengemukakan rayuan dan meminta agar diberi pengampunan. Saya telah menjadi Ahli Parlimen selama enam hingga sembilan bulan sehingga permohonan diberi pengampunan diterima,” katanya di Kuala Lumpur pada Rabu. Lim juga berkata perkara itu telah dipersetujui dalam kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

“Anda boleh mempercayai saya. Ia juga dari semua pemimpin Pakatan Rakyat... saya boleh umumkan... saya boleh katakan. Perkara lain saya tidak boleh,” katanya. Lim berkata demikian ketika ditanya wartawan sama ada keputusan mahkamah yang mendapati kes prima facie ke atas Anwar yang didakwa meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan akan menjejaskan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Lim enggan mendedahkan sama ada Pakatan mempunyai “Rancangan B” sekiranya Anwar didapati bersalah. "Kami akan membuat pengumuman apabila perkara itu berlaku,” kata Lim. Lim juga cuba mengelakkan diri daripada menjawap soalan sama ada kes prima facie ke atas Anwar telah menyebabkan kesan negatif kepada pembangkang.

"Kami masih tidak tahu bahawa ia impak positif atau negatif. Lagi ditindas, lagi tinggi menukar sesuatu krisis kepada peluang. Ia tidak semestinya negatif.”katanya- AgendaDaily

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]