Friday, May 20, 2011

NAK DENGAR JUGA APA KAJIAN PAS?

< PAS pertikai kajian SOCMAT Oleh Khairul Anuar Abdul Samad dan Siti Fatimah Mohamed Anwar bhnews@bharian.com.my 2011/05/20 BUKIT KAYU HITAM: PAS mendakwa kajian pendapat yang dilakukan syarikat perunding dan penyelidikan berhubung penurunan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan parti itu tidak tepat selain bersifat berat sebelah. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata hasil kajian Social Matrix Research (SOCMAT) perlu lebih menyeluruh bukan menyebelahi pihak tertentu. “Maklumat media itu sebelah pihak, kita perlu mendengar semua pihak sebab kita juga mempunyai kajian . Kita sedar walaupun kajian ini dilakukan badan bebas, kita tahu ada taja badan bebas,” katanya selepas melawat Ladang Nanas Laka Temin di sini, semalam. Semalam akhbar melaporkan, kajian SOCMAT mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Nik Aziz menurun kepada 48.3 peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS dengan DAP. Kajian itu bagaimanapun mendapati penerimaan rakyat Kelantan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melonjak kepada 31 peratus berbanding enam peratus pada 2006, manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin meningkat kepada sembilan peratus. Di KOTA BHARU, Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusof, berkata kajian itu harus perlu dirujuk kepada pihak yang bertauliah, supaya ia menghasilkan satu kajian seimbang serta rasional. Katanya, laporan itu dilihat tidak adil kerana tidak diketahui kaedah pendekatan yang diguna pakai untuk menghasilkan keputusan seperti itu, menyebabkan ia tidak melambangkan kajian menyeluruh. “Adalah tidak wajar untuk diajukan laporan ini kepada Nik Aziz kerana ia masih terlalu awal, selain laporan itu perlu melalui rujukan pihak tertentu bagi memastikan ia seimbang serta rasional,” katanya. Sementara itu, Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, berkata semua pihak perlu melihat sudut positif hasil kajian itu dan sekiranya didapati UMNO masih ketinggalan, perlu dilakukan anjakan bagi memenangi pilihan raya umum akan datang. “Kita perlu menerima hasil laporan itu kerana ia adalah satu kajian. Perkara (kajian) yang dibangkitkan berkaitan PAS itu tentu ada kebenarannya kerana kerajaan negeri kini berdepan pelbagai isu, termasuk bekalan air bersih serta projek ladang rakyat,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]