Sunday, May 22, 2011

PAS TERPERANGKAP, MEMERANGKAP ATAU DI PERANGKAP?

Anwar cuba perangkap Pas?

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba memerangkap Pas dalam isu lesbian, gay, biseksual serta kecelaruan gender apabila mendahului kepimpinan parti Islam itu dalam isu tersebut.

Ketua pembangkang itu mendakwa Pas yang selama ini memperjuangkan Islam tidak akan mendiskriminasi golongan songsang itu walaupun jelas gaya hidup sedemikian diharamkan oleh Islam.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan editor Yahoo! Malaysia semasa muncul sebagai panel untuk segmen interaktif Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live, Selasa lalu.

Dalam pada itu, sebuah blog, http://dukeofumno.blogspot.com melaporkan beberapa ulama Pas berang dengan kenyataan Anwar itu kerana budaya songsang tersebut ditegah sama sekali oleh Islam.

Blog itu yang memetik kenyataan sumber Pas memberitahu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan tanpa berbincang dengan pucuk pimpinan parti terlebih dahulu.

"Ini bukan soal diskriminasi. Ini soal arahan Allah dan ajaran Rasulullah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Budaya songsang ini terang-terangan salah di sisi Islam," menurut blog itu lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau ada mendengar mengenai perkara itu melalui rakan-rakannya, tetapi belum meneliti sepenuhnya kenyataan Anwar.

Katanya, beliau tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan selagi tidak mendapat maklumat yang sebenar kerana bimbang ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

"Saya ada dengar tapi belum sempat meneliti kerana sibuk dengan Muktamar Pas. Jadi, saya tidak boleh memberi sebarang komen lagi mengenai perkara ini," katanya

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]