Meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak masih membisu mengenai tarikh pembubaran Dewan Rakyat, sumber BN mendakwa komponen parti-partinya telah sibuk mengatur strategi bagi menghdapi pilihan raya umum akan datang.![]() Bagi penganalisis politik Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, tidak banyak kelebihan ataupun manfaat kepada BN jika Najib membubarkan parlimen tahun ini. “Situasi kali ini hampir menyerupai apa yang berlaku pada tahun 2008, isu utama adalah mengenai 'periuk nasi' rakyat dan mungkin juga hubungan antara kaum. “Perbezaan sekarang cumanya ada persepsi bahawa pengundi Melayu dan India telah kembali kepada BN. Selain itu, tidak banyak kelebihan kepada BN,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu. Umno semakin kukuh Meskipun MIC dilihat mempunyai kelebihan berikutan pengunduran bekas presiden paling lama parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu, Tunku Mohar percaya satu-satu parti yang bertambah kukuh adalah hanya Umno. ![]() “Tetapi kekuatan Umno akan dapat membantu MCA dan Gerakan di kerusi yang mempunyai pengundi Melayu yang besar,” katanya. Pengulas politik dan ketua eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor Tang Ah Chai berkongsi pendapat dengan Tunku Mohar. Katanya, Umno sejak akhir-akhir ini secara konsisten berjaya menjadi ofensif berbanding Pakatan. ![]() Tunku Mohar berkata bagi pengundi Cina yang sebahagaian besar mereka menolak BN pada 2008 dan juga pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, sentimen ultra Melayu yang dimainkan Umno bagi memikat undi Melayu amat tidak disukai. “Ini tidak bagus untuk BN ataupun untuk politik Malaysia kerana ia akan menyebabkan politik itu menjadi isu perkauman. Malah, ia juga bermakna MCA tidak lagi dapat mempertahankan alasan kedudukannya sebagai rakan kongsi kanan dalam BN,” katanya. Lemparan bertubi-tubi dakwaan ke atas Anwar juga boleh menyaksikan undi bertambah mahu berkurangan kepada Umno, kata ketua jabatan sains politik UIAM itu. ![]() Di bahagian Pakatan Rakyat, Tang berkata parti yang akan bertambah kuat jika pilihan raya umum mengejut diadakan adalah DAP yang telah menyaksikan prestasi cemerlang pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini. |
Thursday, May 5, 2011
PRU 13 : MASA UNTUK UMNO DAN DAP ?
Label:
PEMILIHAN UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment