Dalam kontek Pemuda UMNO bahagian Jasin kami sedang meneliti Dan memerhatikan proses ini dilaksanakan Dan berharap pendekatan baru yang menarik dapat di wariskan kepada anak muda di Jasin supaya UMNO dilihat menarik Dan dinamik sesuai dengan tuntutan perubahan masa Dan zaman. Program tradisi membela rakyat perlu di segarkan kembali Dan di beri nafas baru untuk menyesuaikan tuntutan bahawa masyarakat hari ini lebih terbuka Dalam proses mendapatkan maklumat Dan daya fikir, minda masyarakat yang telah jauh berbeza.
Segala proses ini akan menentukan sokongan Rakyat menjelang PRU 13 nanti.
Persidangan ini juga di harap dapat mencetuskan idea-idea baru untuk memperkuatkan sokongan Rakyat kepada BN Dan dapat digarap kaedah Dan makanisma baru yang sesuai supaya Jasin terus kekal sebagai kubu kuat Dan menjadi simpanan tetap sokongan Rakyat kepada kerajaan. Selamat BERSIDANG, UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.
Ikhlas Dari
Zaidi Attan
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
BAHAGIAN JASIN
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment