Thursday, May 5, 2011

UUM AKAN DI " PAS " KAN ?

TAHNIAH!!! UUM AKAN DITUTUP!!!

Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa membayar cukai tanah pada kadar RM0.20 sekaki persegi. Seperti yang dikatakan oleh Pencacai Pakatan Rakyat, harga RM0.20 bukannya mahai pun. UUM boleh bayar harga tersebut.... sebabnya harganya jauh lebih rendah berbanding Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Itu belum lagi dibandingkan dengan Universiti Malaya mahupun National University of Singapore. Malah kadar RM0.20 sekaki persegi jauh lebih rendah berbanding UCLA di Amerika Syarikat, mahupun University of Cambridge di England!!!

Rebat yang diberikan kepada UUM, akan menyebabkan Kerajaan Negeri Kedah mengalami kerugian pendapatan. Mana boleh macam tu. Kerajaan Negeri perlu memaksimakan keuntungan. Kalau tidak nanti, Kerajaan Negeri juga yang akan dipanah dan dituduh sebagai tidak cekap.

Peduli apa tentang pendidikan. Pendidikan bukanlah sesuatu yang penting. Lainlah kalau UUM itu adalah PASTI, masa tu barulah penting dan perlukan rebat sebab itu adalah untuk kepentingan parti. Kalau setakat buat universiti dan kemudian bagi budak-budak mengaji untuk meningkatkan mutu pendidikan serta tahap ilmu pengetahuan, apa sangatlah pentingnya!!

Justeru, memang betullah tindakan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah untuk menghapuskan rebat. Lagipun, hasil tanah itu bukan untuk Kerajaan Negeri semata-mata, sebaliknya untuk Kerajaan Pusat juga!!!

Kalau UUM masih nak terus hidup di Kedah, bayar sajalah cukai tanah RM1.8 juta itu. Kalau tidak, UUM boleh pindah ke negeri lain. Atau UUM boleh ditukarkan menjadi kawasan funfair untuk mengumpulkan pelbagai jenis badut yang ada di dalam Pakatan Rakyat.

RM0.20 saja sekaki persegi. Bukannya mahai pon!!!

Mana-mana kerajaan yang teringin nak buat universiti, lain kali sewa saja rumah kedai. Pastikan setiap rumah ada tiga atau empat bilik. Jadi, tak perlulah bayar cukai tanah banyak sangat!!!

Atau kalau payah-payah sangat, lupuskan sahaja semua universiti sebab cukai tanah tidak memilih antara universiti mahupun PASTI dan sekolah yang gurunya bunuh budak kecil berusia 7 tahun dengan cara mencampakkan budak itu ke dinding dan menghentak kepalanya sampai budak itu mati!!!

Tapi anehnya, pada masa yang sama, peneroka-peneroka FELDA telah pun menerima geran tanah mereka di Kedah dan dianggap akan memberi peluang yang baik untuk PAS mendapatkan undi kaum peneroka!!!


Wah bukan main tegas lagi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bila bercakap soal cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM).
Katanya, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri menolak permohonan UUM untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu,dan pihak universiti perlu menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM1.7 juta atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan.
"Rayuan buat dah, tapi PTG tak setuju jadi kena bayar secepat mungkin (RM1.7 juta) atau boleh kena penalti sehingga RM90,000 lebih atau tanah kampus boleh dirampas," katanya.
Menurut laporan Bernama, Azizan berkata, kadar cukai sebanyak RM0.20 bagi setiap kaki persegi tanah UUM jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap universiti lain, misalnya Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap kaki persegi.
"Universiti Teknologi Mara pun bayar RM0.50 bagi satu kaki persegi... jadi UUM mampu nak bayar banyak tu dan kalau mereka tak mahu bayar, kerajaan negeri akan rugi kira-kira RM1.6 juta setahun," katanya.
Pertengahan April lalu, UUM menerusi Bendaharinya telah menghantar surat kepada PTG untuk mendapatkan rebat bagi cukai tanah untuk tempoh lima tahun setelah tempoh rebat terdahulu tamat pada 2008.
Azizan kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah meminta Pengarah PTG Negeri untuk memberi pandangan sama ada rebat yang diberikan kepada UUM sebelum ini selama dua tahun perlu disambung atau tidak.
Sepanjang tempoh rebat diberikan, UUM hanya membayar RM150,000 bagi cukai tanah universiti itu.
Sementara itu, mengenai hasrat UUM untuk menjadikan kawasannya zon bebas cukai, Azizan berkata sekiranya ia terlaksana, kadar cukai tanah yang akan dikenakan sudah pasti akan berbeza kerana tanah komersial cukainya berbeza.
Sebelum ini imbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata, Kerajaan Negeri tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan cukai tanah UUM sebaliknya ia tertakluk pada perjanjian yang dibuat pada 2006.
Menurutnya, UUM diberi rebat cukai tanah selepas pengurusan universiti itu mengemukakan rayuan bagi mengurangkan cukai tanah dan mendapat persetujuan Kerajaan Negeri ketika itu, dengan memberi rebat bagi tempoh dua tahun, iaitu 2006 hingga 2008, dan bermula 2009 UUM perlu membayar dalam jumlah RM1.2 juta setahun. -5/5/201

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]