Monday, June 13, 2011

ANTARA NEGARA "KEBAJIKAN" PEMBANGKANG DAN 54 TAHUN JASA KERAJAAN BN

Put your stuff here
Dr Juanda ulang desakan

SHAH ALAM – Pas sekali lagi digesa menubuhkan segera jawatankuasa kerja bagi menggubal rangka tindakan konsep negara berkebajikan kerana berlaku pertembungan antara pemerintah dan pembangkang.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya (gambar) berkata, cadangan itu perlu diberi perhatian Pas memandangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bersaing untuk membuktikan mereka yang terlebih dahulu mempraktikkan konsep itu.

“Sekiranya konsep negara berkebajikan menjadi keutamaan Pas, mereka perlu segera gubal barisan panel yang dianggotai pemikir aktif dan realis merangka konsep itu.

“Saya yakin, rakyat gembira melihat kerajaan dan pembangkang berebut-rebut mahu buktikan agenda mereka yang terbaik untuk kebajikan rakyat, jadi, saya sekali lagi menggesa Pas supaya tubuhkan segera jawatankuasa untuk menggubal konsep itu,” katanya kepada Sinar Harian dalam sistem pesanan ringkas (SMS), semalam.

Menurutnya, objektif penubuhan jawatankuasa itu untuk merealisasikan bentuk dan hala tuju agar selari dengan Islam dan rakyat mendapat maklumat yang jelas mengenainya.

“Ini kemuncak pertembungan untuk meraih sokongan serius terhadap agenda perubahan bagi membela rakyat.

“Pas berupaya menggunakan peluang ini kerana rakyat kini mahukan perubahan dinamik, manakala, kerajaan juga berusaha buktikan merekalah juara kebajikan dan akan cuba lakukan pelbagai perubahan untuk bersaing,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan Pas supaya membuktikan yang mereka mampu melaksanakan perubahan melebihi kerajaan sedia ada dan tidak tergugat dengan asakan UMNO bahawa mereka tidak praktikal.

“Ketepikan dahulu perkara kurang penting. Pelan induk itu nanti akan jadi satu model standard bagi Pas untuk menjelaskan dasar parti. Bukannya setiap penceramah ada tafsiran sendiri seperti berlaku kepada konsep negara Islam sebelum ini,” katanya.

Isnin lalu, Sinar Harian menyiarkan desakan Juanda supaya Pas mewujudkan jawatankuasa bagi menggubal konsep negara berkebajikan yang disebut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas ke-57, 3 Jun lalu.

Abdul Hadi menyatakan, konsep negara berkebajikan bukan perkara baru dalam Pas dan ia adalah hasil muzakarah sesama Ulama Majlis Syura serta perbincangan Pas bersama rakan komponen dalam PR.

Katanya, ia berbeza dengan acuan sosialisme dan komunisme yang hanya berteraskan kebajikan sosial.

“Kita perkenalkan negara berkebajikan. Bukan seperti komunis atau sosialis. Walaupun ada persamaan jaga kebajikan rakyat, tetapi Islam hormat hak individu. Islam ada konsep dosa dan pahala,” katanya.

Muktamar Pas yang bertemakan ‘Menuju Negara Berkebajikan’ menitikberatkan sebuah negara bebas rasuah dan penyelewengan kuasa serta menggunakan kemakmuran negara untuk membela rakyat.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]