Ahli Parlimen mahu tindakan tegas terhadap penganjur Bersih ISNIN, 20 JUN 2011 21:09 ADMINISTRATOR Beberapa Anggota Parlimen berkata KDN perlu bertindak tegas dalam menangani perkara itu, dengan mengambil tindakan terhadap penganjurnya. Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata perhimpunan haram secara besar-besaran boleh membawa padah kerana pasti ada di kalangan mereka yang turut serta dari kumpulan terbabit bertindak di luar kawalan. "KDN perlu bertindak tegas sebelum perkara-perkara yang buruk berlaku kerana saya percaya ada udang di sebalik batu. Saya percaya ada agenda-agenda kotor di sebalik meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih adil dan bersih," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2011 pada sidang Dewan Rakyat di sini, Isnin. Untuk itu, katanya, beliau menyokong kerajaan memperuntukkan perbelanjaan tambahan kepada KDN kerana kementerian itu memerlukan belanja yang besar untuk operasi menjaga keamanan negara pada setiap demonstrasi. Sementara itu, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) pula mencadangkan sebelum sesuatu itu menjadi lebih parah, aspek "mencegah lebih baik dari berubat" perlu diambil kerajaan, termasuk bertindak menahan penganjur perhimpunan haram itu.-20/6/201e |
Tuesday, June 21, 2011
BERSIH 2 : AHLI PARLIMEN MAHU TINDAKAN TEGAS DI AMBIL..
Label:
BERSIH 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment