Tuesday, June 21, 2011

BERSIH 2 : PEMUDA UMNO TIDAK GENTAR - RAZALI IBRAHIM


Bersih 2 berdepan tindak balas Pemuda UMNO

PONTIAN 20 Jun - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak sepatutnya mengadakan perhimpunan haram Bersih 2 pada 9 Julai ini sekiranya tidak mahu ada tindak balas dari pihak lain seperti Pergerakan Pemuda UMNO.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, tindakan pihak penganjur yang ingin terus mengadakan perhimpunan Bersih walaupun dibantah pelbagai pihak akan mengundang banyak persoalan dari orang ramai.

Oleh itu katanya, Pemuda UMNO bersedia berhadapan dengan pihak penganjur sekiranya mereka masih terus berdegil, walaupun akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa pada hari itu.

"Pemuda UMNO juga memikirkan tidak perlu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai, tetapi jika Bersih tetap berkeras dan tidak berganjak dengan keputusan, kami juga akan mengambil pendekatan serupa.

"Kehadiran kami juga sebagai menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terus menjadi sasaran Bersih walaupun penjelasan telah diberikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kerjaya anjuran UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir. Hasni Mohammad; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd. Fadil Muskon dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Nasrihat Turiman.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas amaran keras polis yang akan menangkap sesiapa sahaja yang menyertai perhimpunan tersebut sama ada di kalangan penyokong atau penentang perhimpunan itu.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]