Tuesday, June 7, 2011

BN DAH BUAT SEMUA TU.....LAMA DAH.....


BN laksana negara kebajikan sejak dulu


2011/06/07

NAJIB dan Nazarbayev berbincang kerjasama dua hala  ketika kunjungan ke Istana Akorda, Astana, semalam.
NAJIB dan Nazarbayev berbincang kerjasama dua hala ketika kunjungan ke Istana Akorda, Astana, semalam.
Slogan terkini PAS bukan perkara baru: Najib

DATUK Seri Najib Razak berkata, slogan baru PAS untuk mewujudkan negara kebajikan bukan sesuatu yang baru kerana sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sejak sekian lama.

Perdana Menteri berkata, slogan itu cuma label, berbanding apa yang sudah dilakukan kerajaan BN sejak memerintah.
“Label saja negara kebajikan (oleh PAS), tetapi apa yang kita (kerajaan) buat dalam bidang kesihatan, pendidikan, subsidi makanan, minyak dan sebagainya adalah ciri negara kebajikan yang diperjuangkan kerajaan sejak dulu,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, semalam.
Perdana Menteri mengulas pendirian baru PAS untuk memperjuangkan negara kebajikan selepas sekian lama mendakwa mereka berjuang untuk menubuhkan negara Islam.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kini dalam rangka lawatan rasmi lima hari ke Kazakhstan dan turut menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam ketujuh yang bermula di sini, esok.

Turut serta dalam rombongan Perdana Menteri ialah lima menteri Kabinet, pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan.

Mengulas pemilihan pada muktamar tahunan PAS baru-baru ini yang menyaksikan golongan ulama tewas kepada golongan dikatakan profesional dan liberal, Najib berkata, keputusan itu menguntungkan pihak yang ingin mengambil kuasa dalam parti berkenaan.
"Saya lihat pemilihan ini banyak diambil pertimbangan soal pilihan raya umum daripada mencerminkan perjuangan untuk menubuhkan negara Islam atau kepentingan negara Islam sendiri.

“Mereka sudah uar-uarkan pilihan raya umum diadakan Julai ini dan banyak perwakilan PAS lihat kepada soal pilihan raya dan ini menguntungkan pihak yang mahu mengambil alih kuasa dalam PAS,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata, beliau akan mempertimbangkan biasiswa bagi pelajar yang mencapai keputusan kurang 8A+.

“Saya sudah minta Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) untuk bermesyuarat dengan semua parti komponen berhubung perkara berekanan.

“Daripada kumpulan rendah sikit daripada 8A+, keputusan baik tetapi tidak mendapat biasiswa luar negara atau dalam negeri. Apabila balik saya akan buat keputusan dalam hal itu,” katanya

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]