Monday, June 13, 2011

DAP BERBOHONG DI PENANG ?

Kegagalan kerajaan DAP umum pelan induk dipersoal


2011/06/13

GEORGETOWN: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mempersoalkan kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang mengumumkan Pelan Induk Perindustrian Pulau Pinang walaupun sudah lebih setahun perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), berkata Guan Eng ketika membuat lawatan kerja di Singapura Jun tahun lalu, mengumumkan pihaknya sudah mempunyai pelan berkenaan kepada pelabur antarabangsa.
“Tetapi sehingga kini, tiada sebarang perkembangan Pelan Induk Perindustrian Pulau Pinang itu, sekali gus menimbulkan persoalan kepada pelbagai pihak termasuk rakyat kerana sudah lebih 12 bulan beliau (Guan Eng) mengumumkannya, tetapi bayang pun tidak nampak sehingga sekarang.

“Saya mahu Ketua Menteri cepat umumkan pelan itu sebab sudah tiga tahun mereka (pakatan pembangkang) memerintah negeri dan ia boleh dijadikan kayu ukur dan menilai keupayaan mereka,” katanya ketika merasmikan konvensyen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan, Pengerusi MIC negeri, Senator Datuk P K Subaiyah dan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang, Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Tsu Koon berkata, kegagalan menyediakan pelan itu menunjukkan prestasi sebenar kerajaan pembangkang itu yang kononnya mengamalkan konsep cekap, akauntabiliti dan telus (CAT).

“Adakah ini CAT Government...kerajaan kucing. Saya tidak hairan kalau beliau (Guan Eng) akan umumkan dalam dua atau tiga hari ini kerana saya sudah faham dengan sikapnya.
“Mereka perlu mempunyai pelan dasar sendiri dan tidak hanya menumpang rancangan pembangunan dirancang Kerajaan Persekutuan seperti Koridor Pembangunan Wilayah Utara (NCER) sejak 2006,” katanya.

Tsu Koon yang juga Pengerusi BN Pulau Pinang berkata, BN negeri ini sudah pulih daripada menerima tamparan hebat selepas tewas pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan pentadbiran negeri jatuh kepada pakatan pembangkang.

“BN Pulau Pinang sudah pulih sejak setahun setengah ini dan akan mara ke depan membantu serta memenangi semula hati rakyat,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]