Friday, June 3, 2011

DAPATKAH FASAL 82 PERLEMBAGAAN PAS MENGHENTIKAN RASUAH DAN FITNAH ?

Fitnah dijangka lebih hebat menjelang PRU-13

SEREMBAN – Budaya fitnah dalam politik sukar untuk ketepikan dan akan berterusan sehingga menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Itu pendapat Ahli Jawatankuasa Pas pusat, Mohd Taufek Abd Ghani berhubung senario fitnah yang menjadi sesuatu ancaman buat negara termasuk di kalangan ahli politik.

Beliau yang turut hadir pada Wacana Sinar Harian siri keempat di Shah Alam, kelmarin turut tidak menolak kemungkinan ancaman fitnah akan lebih hebat menjelangnya PRU-13 nanti.

“Pastinya ketika musim pilihan raya nanti, akan bertambah giat budaya fitnah. Perkara ini amat ditakuti apabila parti politik sanggup membuat fitnah demi kepentingan politik semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi berkata, Pas sentiasa mengutamakan perjuangan parti dan tidak akan melakukan fitnah hanya untuk kepentingan politik.

“Dalam buku tatatertib Pas sendiri melalui Fasal 82 perlembagaan parti memperuntukkan semua ahli Pas perlu taat dan patuh terhadap ajaran dan hukum Islam.

“Kita mahu jadi contoh budaya politik yang baik dengan tidak mengamalkan budaya fitnah dalam setiap kempen dan perjuangan parti,” katanya.

Malah, katanya, Pas juga tidak menggalakkan ahli melakukan ceramah dengan menerapkan elemen tuduhan dan fitnah.

“Fitnah sememangnya dilarang dalam agama. Tuduhan yang terdapat dalam ceramah disertakan dengan fakta sekali bagi menyokong dakwaan yang dibuat,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]