Monday, June 6, 2011

DARI PERSATUAN ULAMA SE MALAYA KE PERSATUAN ISLAM SE MALAYA

MONDAY, JUNE 6, 2011

PAS Perlu Tukar Nama Parti.
Sayugia harus diingat, PAS sebenarnya bernama Persatuan Ulama SeMalaya. Kemudian mereka mengubahnya menjadi Persatuan Islam SeMalaya. Jadi sayugia harus juga diingat, kepimpinan ulama merupakan trademark kepada penubuhan PAS.

PAS merupakan parti serpihan UMNO. A renegade. Ini hakikat walau bagaimana ahli parti PAS cuba menafikannya. Dan dalam temuramah dengan pemberita, Mat Sabu yang menang dan mengalahkan dua ulama sebagai Timbalan Presiden menyatakan PAS tidak seperti UMNO yang menurutnya hanya meletak ulama dalam satu Biro saja.

Pemilihan terkini menampakkan PAS cuba menjadi UMNO. Apalagi sudah lama bergema slogan 'PAS ganti UMNO'. Mungkin dalam usaha untuk mengganti UMNO, PAS perlu menukarkan kepimpinan ulama yang selama ini trademark kepada parti yang mendakwa mereka membawa wadah perjuangan Islam.

Dewan Muslimat PAS juga mengecam golongan ulama yang pasif dan tidak setanding dengan strategist UMNO. Dan ada yang menafsirkan keputusan muktamar PAS ini adalah mimpi ngeri kepada UMNO - kerana kononnya PAS sudah berubah, lebih strategik dan 'sedikit sekular'.

PAS sebenarnya mempunyai peminatnya sendiri. Sejak tertubuh PAS, selain mungkin pengasas PAS yang menggunakan agama untuk mencabar UMNO yang mereka tuduh tidak Islamik, PAS mendapat sokongan grassroot yang benar-benar percaya mereka parti membawa panji-panji Islam.

Tidak kecewa mereka apabila PAS dibina oleh 'ulama', yang membawa perjuangan 'ulama' dan memperjuangkan Islam untuk menentang UMNO tiba-tiba dikuasai oleh golongan bukan 'ulama'. Saya enggan menggunakan perkataan professional kerana Nizar sebagai Ir adalah professional by nature tewas kepada Mahfuz Omar.

Dan tokoh yang mengalahkan dua 'ulama' sebagai Timbalan Presiden bukan professional - hanya pelajar yang tercicir dari ITM. Mat Sabu hanya orator, tukang karut dan pelawak. Imejnya tercalar apabila berkhalwat dengan isteri orang beberapa tahun yang lalu. Jika perwakilan PAS boleh menerima manusia sebegini sebagai Timbalan Presiden, ini bererti perwakilan PAS tidak boleh mengecam masalah moral pemimpin UMNO.

Mereka juga menerima pemimpin yang tidak bermoral. Jika apa-apa berlaku kepada Haji Hadi, Mat Sabu akan jadi pemangku dan mungkin Presiden PAS. Bayangkan parti yang mengaku Islam mempunyai pemimpin yang pernah berkhalwat dengan isteri orang!

PAS makin resah apabila mereka makin kehilangan undi pengundi Melayu yang non partisan. Mereka makin hilang punca. Kecaman Muslimat PAS terhadap kepimpinan ulama sebagai contoh. Mungkin ada yang menyifatkan kepimpinan ulama yang terlalu 'Taliban' akan menjauhkan golongan liberal. Maka ulama perlu dikorbankan.

Ada yang menyifatkan dengan terpilih golongan 'professional' ini akan merapatkan golongan professional kepada PAS. Mungkin.

Namun apa yang pasti, PAS semakin hilang arah. Dalam usaha untuk mendapat memenangi semula undi orang Melayu, mereka lebih rapat dengan DAP yang menentang apa-apa yang menguntungkan Melayu. Malah mereka mampu melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh kita - menggugurkan negara Islam sebagai priority PAS!

Ini adalah seperti zaman akhir Keshogunan Tokugawa apabila samurai tidak mempunyai tuan mengadai pedang mereka untuk mencari sesuap nasi, sedang pedang adalah jiwa raga samurai.

Menggugurkan negara Islam yang mana trademark PAS selama ini membuatkan PAS perlu menukarkan parti itu. Jika PAS menggugurkan negara Islam kononnya kerana tidak sesuai buat sementara waktu, apa beza PAS dengan UMNO?

Bezanya UMNO adalah parti yang menyatukan orang Melayu/Islam. PAS memecahkan Melayu/Islam apabila keluar dari UMNO. Lebih buruk lagi apabila PAS sendiri tidak walk the talk dan cuba meniru UMNO.

Hasil dari pencaturan aneh PAS ini merugikan orang Melayu. Melayu tidak solid, dan baik UMNO mahupun PAS terpaksa sedikit sebanyak tunduk kepada tekanan bukan Melayu. UMNO dalam hal dasar seperti biasiswa namun PAS tunduk dalam hal lebih mendasar seperti menukar Negara Islam kepada negara kebajikan.

UMNO tidak mendakwa polisi mereka 'written in stone', namun PAS mendakwa 'itu dan ini' ada dalam Quran. Sekarang negara Islam tak ada dalam Quran. Adakah kita masih mahu percayakan parti yang akan mengubah apa saja - termasuk Islam - demi untuk mendapat kuasa.

Saya tidak kisah PAS ingin mencabar UMNO. Saya tidak kisah jika PAS boleh ganti UMNO. Ini negara demokrasi. Parti dan pemimpin datang dan pergi. Saya cuma tidak senang dengan PAS mempergunakan agama memperbodohkan orang Melayu.

Teruskan PAS cuma kamu perlu tukar namamu kepada Parti Khawarij yang mana khawarij bererti 'yang menarik diri'. PAS menarik diri dan lari dalam perjuangan ketika dalam UMNO

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]