Sunday, June 5, 2011

IMPLIKASI PEMILIHAN PAS

Put your stuff here
PELBAGAI analisis berlegar berikutan keputusan pemilihan Pas sempena Muktamar Agung parti itu. Kekalahan golongan ulama paling hangat diperkatakan.

Yang terserlah kejayaannya ialah kumpulan pro ketua pembangkang, Anwar Ibrahim atau Anwarinas yang diketahui menjadi pendokong aspirasi DAP.

Awang tidak terkejut dengan apa yang berlaku itu. Desas-desus mengenai gerakan menjayakan pengaruh Anwar sudah kedengaran sejak tahun lalu. Dengan kata lain, perancangan mengenainya telah lama dibuat melibatkan PKR dan DAP untuk mempengaruhi keputusan pemilihan Pas. Maka orang yang paling puas dan gembira ialah Anwar dan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang. Kedua-duanya boleh senyum lebar dalam tidur kerana percaturan mereka menjadi kenyataan.

Sudah banyak kali Awang menulis bahawa orang yang paling berkuasa dalam Pas sebenarnya adalah Anwar. Kedua, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat dan ketiga barulah presidennya, Hadi Awang. Apatah lagi, Hadi telah lama hilang cengkaman. Beliau menjadi Presiden Pas paling lemah sehingga elemen luar mudah meresapi dan mencorakkan parti. Belum pernah berlaku dalam sejarah, Pas begitu tercemar teruk dengan pengaruh asing.

Hadi seperti juga Nik Aziz tunduk kepada strategi Kit Siang dan Anwar. Kedaulatan Islam bukan menjadi tonggak perjuangan sebaliknya ego dan nafsu politik menguasai diri. Isu moral Anwar selaku ketua pembangkang langsung tidak disentuh oleh Hadi dalam ucapan dasar yang membawa mesej Pas berkompromi kepada salah laku seks yang berulang. Awang percaya takkan ada parti Islam lain di dunia yang berpendirian seperti Pas dalam isu moral yang serius seperti itu.

Hadi juga melepaskan kesempatan terbaik untuk mengupas isu-isu kritikal berkaitan kepentingan Islam, sebaliknya mengalih perhatian dengan menghentam UMNO. Beliau telah memberikan isyarat yang salah kepada seluruh umat Islam yang mengharapkan pemikiran strategik Pas demi kekuatan politik Islam. Ternyata Hadi dan Nik Aziz terus membenarkan Pas diperalatkan oleh DAP yang tidak mahu Islam dominan menerusi agenda memperjuangkan kesamarataan. Ia adalah penghinaan dan sabotaj kepada agama Islam itu sendiri.

Namun Awang lega kerana ada beberapa tokoh Pas terutama Ketua Dewan Ulama, Harun Taib masih berani mempertahankan jati diri Pas serta tidak mahu parti itu mengikut telunjuk komponen dalam pakatan pembangkang. Biarpun golongan ulama kelihatan kecundang, Awang percaya mereka akan bangkit kemudian hari. Masih ramai ahli dan penyokong Pas di akar umbi yang mendokong ulama sebagai teras perjuangan. Majoriti umat Islam di negara ini juga sedia membuat perhitungan terhadap Pas pada pilihan raya umum akan datang sebagaimana beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Tidak sukar. Apatah lagi terhadap parti yang makin gagal membawa denyut nadi umat Islam

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]